Harian Metro

Kyrgios, Tomic ‘hilang arah’

-

Melbourne: Bintang tenis Australia Nick Kyrgios memutuskan persahabat­annya dengan rakan senegara Bernard Tomic, berkata gandingann­ya dalam Piala Davis itu sudah ‘hilang arah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Kyrgios mengetuai cabaran Australia dalam aksi separuh akhir menentang Belgium di Brussels namun Tomic digugurkan kerana tidak menyertai banyak kejohanan yang menyaksika­n rankingnya menjunam ke tangga ke-146.

Kedua-duanya pernah dianggap rakan dan sekutu sebelum ini dan sering mempertaha­nkan satu sama lain ketika berdepan tohmahan mengenai sikap kasar mereka di dalam dan luar gelanggang.

Namun Kyrgios menjauhkan dirinya daripada pemain yang pernah berkata dia sudah ‘bosan’ dengan tenis di Wimbledon dan sejak itu sering bercakap besar mengenai pendapatan­nya meskipun tidak menunjukka­n komitmen dalam pasukan.

“Anda melakukan kesilapan jika cuba meletakkan saya dalam kategori sama dengan Bernard Tomic,” kata Kyrgios, pemain nombor 20 dunia menulis di blog menerusi laman web www.playersvoi­ce.com.au.

“Bernie sudah hilang arah. Kami bersahabat baik ketika masih muda.

“Jelas sekali tidak banyak yang saya ketahui mengenai jelajah tenis ketika itu dan umur kami hampir sebaya, mewakili negara yang sama bersama-sama dalam kebanyakan kejohanan.

“Namun banyak yang sudah berubah. Dia perlu memikirkan apa yang dia mahu lakukan.”

Tomic sentiasa menyertai Piala Davis sebelum ini tetapi tidak menyertai aksi suku akhir menentang Amerika Syarikat pada April berikutan kemerosota­n prestasi.

Selepas tersingkir daripada pusingan pertama Terbuka AS bulan lalu, dia memberitah­u media dia ‘bukanlah orang paling bijak di dunia’ dan hanya tahu mengenai tenis. - Reuters

 ??  ?? KYRGIOS (kanan) dan David Goffin bergambar ketika undian Piala Davis, kelmarin.
KYRGIOS (kanan) dan David Goffin bergambar ketika undian Piala Davis, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia