Harian Metro

Leishman cipta sensasi

-

Chicago: Marc Leishman mencipta sensasi Kejuaraan BMW semalam dengan catatan sembilan di bawah par 62 untuk mendahului dua pukulan pada pusingan pertama kejohanan itu mengatasi Jason Day, Charley Hoffman dan Jamie Lovemark dalam kejohanan kedua terakhir playoff Jelajah PGA Amerika Syarikat itu.

Leishman, 33, melangkah ke kejohanan itu berada di kedudukan ketujuh carta Piala FedEx.

Namun dengan aksi memukau di Conway Farms, dia

(gambar)

berjaya mencuri perhatian daripada Jordan Spieth, yang mendahului kedudukan playoff dan beraksi bersama Justin Thomas dan Dustin Johnson – kedua-duanya ketinggala­n berbanding Spieth.

Leishmann memulakan rentak dengan birdie, daripada enam birdie dan satu bogey yang dilakukann­ya pada sembilan lubang pertama.

“Saya memukul bola dengan baik dan jelas sekali itulah yang perlu dilakukan untuk mendapat mata seperti itu,” kata Leshmann.

“Namun apa yang lebih penting, saya melakukan putt dengan baik, memanfaatk­an setiap peluang terhidang.

“Apabila anda bermain golf dan hanya memikirkan untuk melakukan birdie, ia jauh lebih mudah berbanding cuba mengelak melakukan bogey,” kata Leishmann yang mengumpul empat lagi birdie sebelum mendahului saingan.

Day merapatkan kedudukan dengan lima birdie pada sembilan lubang terakhir. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia