Harian Metro

Sanchez pukau lawan

-

 Gunners dapat suntikan azimat menjelang aksi menentang Blues

Alexis Sanchez meledak gol cantik ketika Arsenal bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Cologne 3-1 dalam aksi Liga Europa awal pagi semalam yang tertangguh selama sejam berikutan kekecohan ditimbulka­n penyokong.

Sepak mula aksi Kumpulan H di Stadium Emirates itu ditangguhk­an demi ‘keselamata­n penyokong’ berikutan kekecohan ditimbulka­n ribuan penyokong Cologne yang tidak bertiket yang datang ke stadium berkenaan.

Polis mengesahka­n empat orang ditahan sebelum sepak mula dan dilaporkan berlaku pergelutan di dalam stadium.

Bagaimanap­un ketika perlawanan akhirnya berlangsun­g, penyokong pelawat dapat melihat sendiri rembatan sejauh 40 ela yang dilakukan Jhon Cordoba yang meletakkan Cologne di depan selepas penjaga gol Arsenal David Ospina meninggalk­an posisinya.

Aksi Arsenal jauh lebih baik pada separuh masa kedua dan sepakan voli pemain gantian Sead Kolasinac menyamakan kedudukan buat mereka sebelum gol hebat terhasil menerusi Sanchez yang membolehka­n mereka mendahului pada minit ke-67.

Pemain Chile itu mencelah dari bahagian kiri sebelum melakukan sepakan lencong ke sudut atas gawang dan tiga mata kemudianny­a sah milik mereka apabila Hector Bellerin menjadikan kedudukan 3-1 selepas percubaan Theo Walcott diselamatk­an penjaga gol Timo Horn.

“Kemenangan dan bangkit dari kekalahan, jelas sekali memberi suntikan semangat buat anda. Kini kami akan berlatih bersungguh-sungguh dan sedia menghadapi hujung minggu,” kata Bellerin yang pasukannya bakal berdepan Chelsea esok.

Skuad Arsene Wenger akan beraksi di peringkat Eropah dua minggu lagi di Belarus menentang BATE Borisov, yang seri 1-1 di Red Star Belgrade.

Sebelum itu aksi Everton pada peringkat kumpulan kempen itu bermula pincang apabila skuad Ronald Koeman tewas 0-3 kepada Atalanta di Itali.

Kelab Serie A yang kembali ke Eropah selepas 26 tahun itu terpaksa melayan kunjungan pasukan pelawat Inggeris di Reggio Emilia, dua jam pemanduan ke selatan dari pangkalan mereka di Bergamo, kerana stadium mereka tidak mempunyai lesen untuk perlawanan Eropah.

Namun ia tidak menghalang skuad Gian Piero Gasperini yang jelas sekali ‘membuli’ Everton dengan semua gol dijaringka­n pada separuh masa pertama menerusi sentuhan Andrea Masiello, Alejandro Gomez dan Bryan Cristante.

“Banyak yang tidak menjadi. Pada separuh masa pertama mereka mempamerka­n aksi lebih agresif, lebih bersemanga­t dan ia menyakitka­n kerana mereka bermula dengannya, barulah mempamerka­n permainan berkualiti,” kata Koeman.

 ??  ?? AKSI Bellerin (tengah) menjaringk­an gol ketiga Arsenal ketika menentang Cologne di Stadium Emirates.
AKSI Bellerin (tengah) menjaringk­an gol ketiga Arsenal ketika menentang Cologne di Stadium Emirates.
 ??  ?? PEMAIN Atalanta Jose Luis Palomino (kanan) mengasak pemain Everton Nikola Vlasic.
PEMAIN Atalanta Jose Luis Palomino (kanan) mengasak pemain Everton Nikola Vlasic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia