Harian Metro

KUALITI TERBAIK

- AFP

 De Bruyne akui persaingan dalam pasukan jadikan City lebih

berbisa di padang

Watford

Pemain perancang, Kevin De Bruyne menganggap persaingan sengit yang berlaku dalam pasukan Manchester City ketika ini membantu mereka mengekalka­n kualiti terbaik di atas padang.

Pengurus City, Pep Guardiola berjaya memperkasa­kan skuadnya pada musim rehat liga dan mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan setakat ini.

City ketinggala­n berbanding pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester United menerusi perbezaan gol namun dengan dengan pencabar setempat mereka hanya akan bermain keesokan harinya, mereka berpeluang mendahului liga dengan kemenangan ke atas Watford malam ini.

De Bruyne menegaskan mereka tidak akan mensia-siakan perlawanan ke atas Hornets kerana sentiasa ada pemain lain yang memburu tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Kami tahu sejauh mana kualiti yang kami ada. Semua orang sedar akan ada masa kami perlu berada di bangku simpanan untuk beberapa perlawanan sekiranya ada yang tidak mampu beraksi pada tahap sama.

“Ia situasi yang hebat untuk kelab. Kami mengharung­i jadual padat dan pertanding­an yang akan dilalui cukup sengit,” kata bintang antarabang­sa Belgium itu.

Bagaimanap­un, kunjungan City ke Vicarage Road bertemu Watford City turut dihimpit dengan tahap kecergasan ketua pasukan, Vincent Kompany masih diragui susulan kecederaan betis.

Sementara itu, walaupun Watford menyedari mereka juga berpeluang menghuni tangga teratas dengan kemenangan ke atas City, pengurusny­a Marco Silva berjanji untuk memastikan pemainnya akan bersikap merendah diri.

Kemenangan itu juga akan meletakkan mereka sebagai pendahulu liga buat kali pertama sejak 1982 dengan rekod tanpa kalah dibawah kendalian Silva setakat ini.

“Kami hadapi perlawanan ini seperti biasa. Kami menyiapkan pasukan untuk cuba memenangi perlawanan ini. Ia penting buat semua orang namun kami akan terus merendah diri.

“Apa yang kami capai sekarang adalah hanya lapan mata dan ia tidak beri apa-apa keistimewa­an. Semua orang gembira dan penyokong juga gembira dengan apa yang kami lalui sekarang.” - AFP

 ?? Kevin De Bruyne ?? Kami tahu sejauh mana kualiti yang kami ada. Semua orang sedar akan ada masa kami perlu berada di bangku simpanan untuk beberapa perlawanan sekiranya ada yang tidak mampu beraksi pada tahap sama” DE Bruyne (kanan) tak sabar robek gawang Watford.
Kevin De Bruyne Kami tahu sejauh mana kualiti yang kami ada. Semua orang sedar akan ada masa kami perlu berada di bangku simpanan untuk beberapa perlawanan sekiranya ada yang tidak mampu beraksi pada tahap sama” DE Bruyne (kanan) tak sabar robek gawang Watford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia