Harian Metro

JANGAN TOLAK PELUANG

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee mengaku mahu melihat pemain muda negara berkelana ke luar negara meskipun ia hanya membabitka­n tawaran daripada kelab di rantau Asia Tenggara.

Ini kerana, bukan mudah untuk pemain Malaysia mendapat tempat beraksi bersama kelab luar terutamany­a kelab besar Liga 1 Thailand yang mula membuka pintu buat anak tempatan selepas terpukau dengan aksi cemerlang skuad B-22 negara dalam temasya Sukan SEA bulan lalu.

“Saya menyokong sepenuhnya lebih-lebih lagi bermain di negara yang lebih mencabar.

“Pengalaman di luar negara lebih mencabar dan akan memberi pulangan yang besar bukan saja buat pemain tetapi apabila kembali beraksi untuk negara.

“Lihat pemain Thailand yang sudah berjaya memikat kelab J1 (Liga 1 Jepun) dan saya difahamkan ada seorang lagi pemain Thailand selain Chanatip yang diintai kelab J1,” katanya kepada Arena Metro, hari ini.

Laporan media tempatan sebelum ini menyebut enam pemain skuad kendalian Kim Swee yang memenangi pingat perak Sukan SEA KL2017 kini diintai kelab utama Thailand yang berpangkal­an di Bangkok dan Chonburi.

Pemain berkenaan adalah pertahanan Adam Nor Azlin (Selangor) dan Adib Zainudin (FELCRA FC); pemain tengah, Syamer Kutty Abba ( Pulau Pinang), Nor Azam Azih (Pahang) dan penyerang, Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) dan N Thanabalan (FELCRA FC).

Malah, menerusi reaksi beberapa pemain muda negara, mereka mengaku bersedia untuk berhijrah ke luar negara bagi mengembang­kan karier masing-masing.

Kim Swee yang berjaya membawa skuad B-22 beraksi di pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China pada Januari nanti, berharap enam

 Kim Swee seru pemain muda timba ilmu dengan kelab luar negara jika terima tawaran

pemain yang dikaitkan itu dapat mempertimb­angkan untuk bermain di luar negara jika mendapat tawaran.

Katanya, suasana di Thailand lebih sesuai buat pemain muda negara dan mereka akan cepat menyesuaik­an diri di negara jiran itu berbanding Eropah khususnya dari segi makanan dan cuaca.

“Kemungkina­n jika pemain kita ke Eropah, makanannya adalah berbeza. Sebaliknya kalau di Thailand, makanannya adalah sama dengan jarak yang begitu dekat.

“Kekuatan mental memainkan peranan apabila seseorang pemain berada di luar negara. Pengorbana­n penting untuk berjaya,” katanya.

 ??  ?? KIM Swee (tengah) yakin pengalaman pemain bersama kelab di luar negara hadir impak positif.
KIM Swee (tengah) yakin pengalaman pemain bersama kelab di luar negara hadir impak positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia