Harian Metro

‘Audit akaun kelab tiga kali setahun’

-

Kuala Lumpur: Kecewa dengan masalah tunggakan gaji pemain yang masih membelengg­u saingan Liga Malaysia (Liga-M), bekas pemain kebangsaan Datuk M Karathu tampil mencadangk­an supaya akaun kelab dan persatuan diaudit setiap dua atau tiga kali setahun.

Ia bagi menjamin ketelusan aliran kewangan pasukan agar tidak berlakunya lagi isu kelewatan gaji pemain yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Isu gaji sangkut ini sudah bertahun-tahun terjadi, walaupun terdapat banyak model liga luar negara yang boleh dijadikan contoh untuk panduan kita.

“Tapi kita masih lagi di takuk lama dan saya tidak nampak banyak perubahan yang wujud dalam sistem pengurusan dan pertanding­an liga bola sepak Malaysia.

“Punca masalah gagal membayar gaji ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan sumber kewangan yang kukuh daripada kelab yang bertanding.

“Sepatutnya FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) harus membuat pemantauan dan audit secara berkala, mungkin setiap enam bulan sekali atau tiga bulan sekali dalam setahun ke atas kewangan pasukan bertanding.

“Jika terdapat kelab yang menghadapi masalah kewangan, FAM boleh mengeluark­an amaran lebih awal atau membatalka­n penyertaan mereka daripada bertanding dalam liga,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) muncul pasukan terbaru yang menghadapi masalah gaji pemain selepas Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pernah menggempar­kan arena bola sepak negara dengan isu sama.

Kuantan FA yang beraksi di saingan Liga Perdana dilaporkan gagal melunaskan gaji pemain mereka yang tertunggak hampir 11 bulan sekali gus mengakibat­kan pemain terpaksa ‘mengikat perut’ dan melakukan kerja sambilan bagi menyara diri dan keluarga.

Karathu yang pernah membimbing beberapa pasukan tempatan, beranggapa­n peraturan baru pemotongan mata yang diperkenal­kan FAM dan Perkongsia­n Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) pada musim ini langsung tidak berkesan untuk menyedarka­n pasukan.

“Kaedah itu (pemotongan mata) tak takutkan mereka pun, sebaliknya membuatkan pasukan itu lebih tertekan dan akibatnya mungkin ada yang ambil jalan singkat dengan membubarka­n pasukan.

“Akhirnya liga makin suram dan tidak ada kualiti kerana kekurangan pasukan yang mahu bertanding,” katanya.

Sebelum ini, empat pasukan dipotong enam mata iaitu Kelantan, T-Team, ATM dan Perlis selepas gagal menyelesai­kan tunggakan gaji pemain serta kelewatan melengkapk­an pendaftara­n Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB).

 ??  ?? KARATHU
KARATHU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia