Harian Metro

Bukan hanya ‘ustaz rock’

-

Sejak kembali solo, kehadiran lelaki dalam hidup aktres jelita, Fasha Sandha, 33, sering menjadi tumpuan. Terbaru, Fasha yang juga ibu dua anak, dikaitkan dengan lelaki digelar ‘ustaz rock’.

Berita itu mula tersebar apabila dia dilihat hadir pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Fasha pada Mac lalu tetapi pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Anak

Halal itu menjelaska­n, dia dan lelaki dimaksudka­n hanyalah teman biasa.

Hubunganny­a dengan ‘ustaz rock’ sekali lagi hangat diperkatak­an apabila mereka dilihat hadir bersama pada majlis persanding­an Ummi Nazeera.

Tambah pula beberapa minggu sebelum itu, ibu tunggal dua cahaya mata ini mengakui ada rakan lelaki yang rapat dengannya mengucapka­n kata rindu.

Berita berkenaan juga hangat diperkatak­an dalam kalangan netizen sehingga mendapat perhatian kebanyakan portal dan blog hiburan.

Meredakan keadaan, sekali lagi Fasha tampil

Fasha senang

berkawan dengan sesiapa saja dan tak mahu beri

harapan

menegaskan, dia dan lelaki digelar ‘ustaz rock’ itu hanya kawan biasa dan tiada kaitan soal hati dan perasaan.

Walaupun lelaki itu pernah meluahkan rasa rindu kepadanya, Fasha menganggap ia hanyalah ungkapan rindu seorang teman kepada sahabatnya.

Terbaru, lelaki itu dilihat memuat naik nyanyianny­a di laman sosial Instagram dengan menyebut-nyebut nama Fasha.

Bling! cuba menyelami hati Fasha apakah ibu kepada Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemaima Ramli Rizal Ashram ini sedang berbunga-bunga di hatinya?

Fasha akui sebaik perkara itu hangat diperkatak­an, ramai mendoakan perkara yang baik untuk mereka berdua tetapi katanya, dia dan lelaki itu masih dalam fasa berkawan.

“Saya sendiri tidak mahu terikat dengan komitmen cinta buat masa sekarang kerana jadual kerja saya yang begitu padat sehingga awal tahun hadapan.

“Andainya saya memberikan ruang untuk menjadi kekasih, pastinya saya tidak ada waktu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia