Harian Metro

JONES BUDAK JAHAT DI LAYAR PERAK

-

Jones yang juga peminat setia Tottenham Hotspur memulakan karier dalam bola sepak pada 1984 ketika berusia 19 tahun di Liga Perdana Alliance bersama Wealdstone, namun ketika itu dia masih lagi pemain amatur kerana bekerja sebagai pemandu lori batu di tapak pembinaan.

Selepas dua musim dengan Wealdstone, Jones mula mencabar dirinya dengan berkelana ke Sweden untuk beraksi dengan IFK Holmsund pada 1986, walaupun hanya setahun di sana dia berjaya membantu kelab berkenaan muncul juara Divisyen Tiga.

Setahun selepas itu dia kembali ke England apabila Wimbledon membelinya dengan nilai 10,000 pound (RM55,935) dan mula menarik perhatian peminat berikutan imejnya selaku pemain yang keras, malah pernah diperintah keluar padang sebanyak 12 kali dalam karier.

Dia juga memegang rekod pemain paling awal menerima kad kuning, apabila mengasari pemain lawan Dane Whitehouse tiga saat selepas perlawanan berlangsun­g dalam saingan Piala FA antara Chelsea dan Sheffield United pada 1992.

Dalam satu insiden pada Oktober 1987, gambar Jones berjaya dirakam di atas padang meramas kemaluan Paul Gascoigne dalam perlawanan liga ketika Wimbledon menentang Newcastle United.

Antara filem terkenal yang dibintangi Jones selepas bersara ialah Gone In 60 Seconds, Swordfish, Mean Machine, X-Men: The Last Stand, Escape Plan, The Magnificen­t Seven dan The Midnight Man.

Pada November 2013, Jones dan isterinya, Tanya Terry dikesan menghidap kanser kulit, namun kedua-duanya berjaya melawan penyakit berkenaan di antara 2014 hingga 2015.

 ??  ?? ERIC Cantona (kiri) dan Jones dilabel sebagai budak jahat di EPL.
PROFIL
Nama penuh:
Vincent Peter Jones Tarikh lahir:
5 Januari 1965
Tempat lahir: Hertfordsh­ire, England Tinggi: 188sm
Posisi: Tengah
Nombor jersi: 4 Pasukan kebangsaan: Wales ( 9...
ERIC Cantona (kiri) dan Jones dilabel sebagai budak jahat di EPL. PROFIL Nama penuh: Vincent Peter Jones Tarikh lahir: 5 Januari 1965 Tempat lahir: Hertfordsh­ire, England Tinggi: 188sm Posisi: Tengah Nombor jersi: 4 Pasukan kebangsaan: Wales ( 9...
 ??  ?? JONES
JONES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia