Harian Metro

Adib juga laris seperti Thanabalan

-

Masih lagi mengenai demam skuad bola sepak Sukan SEA, Spy

Bola seakan tidak boleh melupakan pemain yang berjuang di atas padang di temasya dwi tahunan itu walaupun kita hanya meraih perak.

Apa yang Spy Bola ingin perkatakan ialah tonggak pasukan mula dikejar media dan penganjur program selepas mereka berjaya memberikan persembaha­n meyakinkan sehingga berjaya mengekalka­n rekod bersih tanpa kalah termasuk di peringkat separuh akhir.

Tidak terkecuali ialah ketua pasukan, Adib Zainuddin yang mula diburu pihak tertentu dan dijemput menyertai pelbagai program termasuk program futsal peringkat sekolah.

Sekalung tahniah kepada Adib kerana sudi hadir dan meluangkan waktu dengan jemputanje­mputan seperti itu, kerana setidak-tidaknya dia juga mampu untuk berkongsi cerita suka duka ketika mereka berjuang habis-habisan ketika di Sukan SEA baru-baru ini.

Spy Bola harap Adib tidak pula memilih program ataupun majlis yang ternama saja selepas ini, kerana mereka ini adalah inspirasi serta membawa semangat rakyat sebelum ia diterjemah­kan di atas padang.

Bukan apa, ada sesetengah pemain bila mula popular mula sombong dan meninggi diri, sedangkan kanak- kanak terutama pencinta bola sepak menganggap mereka sebagai ikon serta menjadi pembakar semangat untuk menjadi pemain profesiona­l satu hari nanti.

Selain itu, pihakpihak tertentu pula jangan menggunaka­n bintang-bintang muda ini ke arah program yang berbentuk tidak sihat, politik dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan sukan.

Spy Bola: Tidak sabar tunggu Adib di ruangan ‘Luar Gelaggang’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia