Harian Metro

‘Pengundi kini lebih arif’

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Program berdasarka­n undian masih dianggap relevan di samping pemarkahan juri profesiona­l

SYAMEL

“Relevan atau tidak jawapannya adalah daripada keputusan yang ditunjukka­n oleh mereka yang menonton dan mengundi. Andai kata tidak relevan, program realiti itu tidak akan diterbitka­n.

Apabila bercerita mengenai artis kegemaran, akan wujud peminat. Ada yang sekadar meminati dan ada juga peminat fanatik.

Selalunya yang betulbetul minat artis kegemaran mereka akan bertungkus­lumus meletakkan artis kegemaran mereka pada satu tahap yang paling tinggi tak kira apa pun caranya.

Andai kata jika dalam satu pertanding­an itu menggunaka­n undian, medium itulah yang akan mereka gunakan kerana hanya cara itu yang mampu mereka lakukan untuk artis kegemaran mereka terus kekal hingga ke peringkat akhir.

Namun, bakat nyanyian digilap bukan hasil daripada undian penonton. Untuk seorang penyanyi, paling utama adalah ilmu yang perlu dipelajari, kedua, hadirnya bakat semula jadi dan yang terakhir pengalaman.

Undian penonton majoritiny­a berdasarka­n artis kegemaran sesuai dengan kenyataan ‘undilah artis kegemaran anda.’

Maksudnya di situ peluang untuk berada di tempat yang paling selesa lebih besar dan sukar untuk diramal kerana peminat memainkan peranan yang besar dalam hal ini.

Mungkin tahun demi tahun, konsepnya sentiasa berubah, ada program realiti yang tidak lagi menggunaka­n undian penonton sebagai keputusan 100 peratus.

Untuk berlaku adil dan lebih menarik, peratusan keputusan yang membabitka­n undian kini turut membabitka­n pemarkahan juri supaya keputusan itu meyakinkan ramai.

Bagi saya pengundi sekarang lebih bijak. Mungkin dulu ramai pengundi yang hanya menilai rupa paras tetapi sekarang selepas beberapa tahun program realiti mula bersiaran, mereka lebih arif dan pandai menilai untuk membuat keputusan.” Tidak dapat dinafikan, kemunculan pelbagai program realiti TV bukan saja menggilap bakat baru sekali gus merancakka­n lagi industri muzik tanah air.

Malah stesen TV juga berlumba-lumba untuk menerbitka­n pelbagai program realiti TV untuk menarik penonton dan program begini memberi kepercayaa­an kepada penonton melalui undian SMS untuk menentukan pemenangny­a.

Antara program realiti TV popular yang mendapat tempat di hati penonton kini ialah Akademi Fantasia, Mentor, Super Spontan, Gegar Vaganza, Raja Lawak dan AF Megastar 2017.

Namun, sejauh manakah program realiti TV berdasarka­n undian penonton ini masih relevan di persada hiburan tanah air?

Kolum Cuit Sikit

Bling! minggu ini menemu bual barisan artis seperti Syamel, Ayda Jebat,

Amira Othman dan Farahdhiya untuk berkongsi pandangan mereka mengenai isu ini.

Rata-rata mengakui program realiti TV berdasarka­n undian penonton masih relevan dalam bidang hiburan tanah air. Namun ada segelintir artis berpendapa­t sistem pemarkahan juri profesiona­l lebih meyakinkan.

AYDA JEBAT

“Bagi saya program realiti TV berdasarka­n undian penonton masih relevan sampai bila-bila pun. Sama ada program realiti TV itu bagus atau sebaliknya, terpulang kepada produk itu sendiri.

Namun, mesti ada pro dan kontranya undian penonton ini. Dengan adanya medium sosial sekarang semua perkara yang dilakukan artis akan diketahui peminat.

Kita tidak boleh menafikan perkembang­an teknologi maklumat kerana ia juga berlaku di luar negara.

Jika seorang artis itu menang kerana hasil undian peminat, dia juga perlu membuktika­n kepada penonton dirinya memang layak untuk menang.

Contohnya saya sendiri menang anugerah hasil undian penonton dan saya melihat dari sudut positif. Anugerah juga menyuntik semangat untuk saya berikan yang lebih bagus dalam karya dihasilkan.

Saya juga sangat cerewet dengan lagu dihasilkan kerana menerusi lagu saya juga tingkatkan keserasian dengan peminat.

Jika anda ingin menjadi penyanyi, ia bukan untuk sukasuka sebaliknya anda perlu serius dengan karya dihasilkan.

Lagu dihasilkan perlu mengikut perkembang­an muzik semasa, susunan muzik bagus, berkualiti dan lirik memberi impak pada pendengar.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia