Harian Metro

2 telefilem khas Maal Hijrah

-

Janji Allah dan Hijrah Di Ufuk Senja sarat pengajaran untuk semua

Sempena sambutan Awal Muharam atau Maal

Hijrah yang disambut seluruh umat Islam pada Jumaat ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediaka­n dua telefilem menarik yang disiarkan hari sama Jumaat ini.

Janji Allah karya

Mior Hashim Manap disiarkan jam 3.05 petang menerusi TV1 manakala Hijrah Di Ufuk Senja arahan Shahrulule­zad Mohamaddin menemui penonton di TV2, jam 9.30 malam.

Menampilka­n lakonan mantap Amerul Affendi, Nadiya Nissa, Suhaimi Zakaria, Wan Maimunah dan Rahman Bakri,

Janji Allah mengenai konflik kekeluarga­an membabitka­n anak dengan ibu tiri berkaitan amanah harta pusaka.

Kisahnya bermula dengan Mak Munah tinggal bersama anak OKU, Udin. Dia juga ibu tiri Wawa yang kematian ayahnya.

Wawa belajar di luar negara dengan wang tanah ayahnya yang dipajak setelah beberapa kali mendesak ibu tirinya memujuk ayahnya untuk berbuat demikian.

Apabila tamat belajar, Wawa pulang tetapi enggan bertemu ibu tirinya dan Udin malah memberi tempoh selama seminggu kepada ibu tirinya untuk mengosongk­an rumah uzur didiami kerana mahu menjual tanah berkenaan.

Kemudian selami erti penghijrah­an yang sebenar dalam Hijrah Di Ufuk

Senja lakonan Azhan Rani, Eenaz Mokhtar, Nadia Aqila, Ruzana Ibrahim dan Putri Sya mengenai kecelaruan yang dialami seorang suami sejak kehilangan isteri dan anak.

Saiful dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan. Dia merasa bersalah kerana menjadi punca isteri dan anaknya mati dibunuh. Selepas pulang ke rumah, dia asyik ternampak isteri dan anaknya muncul dan bercakap-cakap dengannya.

Madiha turut dihantui perasaan bersalah kerana menghantar abangnya, Maman ke rumah Saiful sehingga terjadinya pembunuhan itu. Madiha mencari peluang untuk berterus terang dengan Saiful tetapi setiap kali berdepan Saiful, lidahnya kelu.

Osman mengajak

Saiful belajar agama dan mengatur pertemuan Saiful dengan Tok Ayah iaitu guru agamanya. Saiful datang bersama Madiha tetapi Madiha mendapati ajaran disampaika­n Tok Ayah agak pelik lalu bertanya. Madiha dihalau Tok

Ayah dan pengikutpe­ngikutnya tetapi Saiful tetap berada di situ hingga tamat.

 ??  ?? BABAK dalam Janji Allah.
BABAK dalam Janji Allah.
 ??  ?? AZHAN dalam Hijrah Di Ufuk Senja.
AZHAN dalam Hijrah Di Ufuk Senja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia