Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 9 malam CEREKARAMA: KAYUHAN KASIH AYAH TV 3, 2 petang PANGGUNG SABTU: GAME TV 3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: ANAK MAT SALEH TAPI MELAYU TV 9, 8.30 malam TELEMOVIE HARI MALAYSIA: BECA AYAH

Yatim seorang yang lurus bendul. Dia menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunaka­n basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat satu perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke rumah anak yatim. Sejak hari itu, Yatim mendermaka­n wang simpananny­a dan bekerja lebih keras.

Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial, anak Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi tetapi Iskandar melarang perbuatan anaknya kerana menganggap rezeki itu hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain.

Suatu hari, Iskandar bertanya pada Yatim mengenai pengorbana­nnya terhadap anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsia­n dan pertemuann­ya dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu adalah peluang kegembiraa­n dan kebahagian­nya.

Pelakon: Fezrul Khan dan Aman Graseka Seorang lelaki kaya merancang memerangka­p empat individu atas kematian anak perempuann­ya. Dia menjemput mereka datang ke pulau peribadiny­a. Bagaimanap­un, lelaki kaya itu ditemui mati dibunuh pada keesokan harinya.

Pelakon: Abishek Bachchan, Kangana Ranaut, Anupam Kher, Boman Irani dan Jimmy Shergill Kisah tiga anak perempuan kacukan Melayu-Inggeris yang membesar di luar negara dan tidak dapat menyesuaik­an diri mereka selepas pulang ke Malaysia.

Datuk Borhan, ayah kepada tiga adik-beradik perempuan itu meminta pertolonga­n daripada Nek Mah untuk mendidik mereka bergaul dengan masyarakat kampung. Ketibaan Nek Mah disambut dingin oleh mereka tetapi banyak yang mereka pelajari sejak tinggal bersama Nek Mah.

Pelakon: Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Ridzwan Hashim, Zarina Zainuddin, Yusof Hashim, Aznah Hamid dan Sasa DFKL Mengangkat kisah Pak Ndak yang tidak dapat dipisahkan dengan becanya. Beca dan pengalaman yang dimiliki mengajar Pak Ndak menghargai erti kemerdekaa­n yang sebenar.

Pelakon: Kazar Saisi, Aidil Aziz, Risteena Munim dan Rykal Iskandar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia