Harian Metro

LAX 17 tingkatkan usaha jadikan Malaysia Negara Taman

-

Persidanga­n dan Ekspo Landskap Asia 2017 atau Lanscape Asia Expo & Conference 2017 (LAX

17) anjuran EG Group Holdings Sdn Bhd sekali lagi membuka tirai penganjura­n tahun ini di Pusat Konvensyen

Kuala Lumpur (KLCC) 14 September lalu.

Pameran perdaganga­n dan pembinaan kelas dunia itu antara acara terbesar serta sering menjadi tumpuan arkitek selain pereka landskap dari serata Asia.

Malah pameran berkenaan turut mengetenga­hkan konsep ‘creme de la creme’ dengan memfokuska­n kepada industri landskap khususnya dalam kepakaran pembinaan taman, rekreasi, seni bina landskap, binaan, reka bentuk, peralatan, mesin, teknologi dan bekalan.

Lebih 1,000 produk, perkhidmat­an dan teknologi terkini mengambil bahagian di Dewan 4 dan 5 KLCC bagi menarik 15,000 pengunjung tempatan dan antarabang­sa.

Menariknya, LAX 17 turut ketengahka­n kempen ‘Live Green Box’ sebagai inisiatif mengurangk­an jejak karbon dan menggalakk­an penanaman selain melindungi serta mengekalka­n persekitar­an semula jadi.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari penganjura­n itu adalah persidanga­n, bengkel industri dan pertanding­an reka bentuk serta landskap.

Pameran yang berlangsun­g sehingga hari ini (Sabtu) dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN)

Esa Ahmad yang mewakili Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Esa dalam ucapannya berkata, penganjura­n LAX 17 selari inisiatif kerajaan dalam mewujudkan negara yang menghijau dan menarik.

“LAX 17 benarbenar meningkatk­an usaha kerajaan untuk menjadikan Malayia sebuah Negara Taman yang cantik menjelang 2020.

“Saya percaya ini adalah satu lagi usaha ydigambark­an dalam

Teras 7 Dasar Landskap Negara bagi memacu industri landskap, usaha untuk menjadikan negara kita hijau dan cantik untuk masa depan yang mampan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengasas EG Group Holdings Sdn Bhd Moey Say Yee dan Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir.

Moey berkata, LAX 17 menandakan ulang tahun ke-20 syarikatny­a dalam industri pameran.

Pada masa sama pameran itu dijangka menerima kehadiran

1,000 pemimpin dari industri berkaitan dan 1,000 perwakilan antarabang­sa dari pelbagai negara termasuk Belanda, SIngapura, India, Filipina, China dan Korea.

LAX 17 diiktiraf Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain turut disokong sebilangan besar jabatan kerajaan, organisasi, institut dan persatuan tempatan serta serantau yang berpotensi.

Layari www.eggroups. com untuk malumat lanjut mengenai LAX 17.

 ??  ?? ESA (dua dari kanan) ditemani Moey (kanan) dan Dr Osman (dua dari kiri) membuat lawatan ke booth. ACARA tahun ini turut mengetenga­hkan kempen ‘Live Green Box.’
ESA (dua dari kanan) ditemani Moey (kanan) dan Dr Osman (dua dari kiri) membuat lawatan ke booth. ACARA tahun ini turut mengetenga­hkan kempen ‘Live Green Box.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia