Harian Metro

Kasut inspirasi 2 ikon fesyen

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Kisah pengalaman sahabat baik luar biasa ini diterjemah­kan

dalam rekaan Cole Haan

Ikon fesyen, Christy Turlington Burns dan Karlie Kloss, dua wanita luar biasa memiliki kisah pengalaman yang memberi inspirasi, kecantikan dan glamor.

Keakraban dua sahabat ini yang mempunyai keinginan sama untuk membuat perubahan lebih bermakna dalam kehidupan sekali gus menarik perhatian Cole Haan.

Kaitan kisah menarik dan hubungan unik antara Burns dan Kloss dipilih bagi memberi inspirasi kepada wanita seiring dengan pelancaran koleksi terbaru jenama itu yang bertemakan ‘Extraordin­ary Women, Extraordin­ary Stories’ yang dirakam oleh jurugambar terkenal, Cass Bird.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengurus Besar Pembanguna­n Perniagaan David Maddocks berkata, jenama berkenaan terus komited membuat rekaan baru dan mencipta semula kasut serta aksesori.

“Pastinya, setiap koleksi yang akan ditampilka­n mengambil berat mengenai reka bentuk menarik, kejurutera­an berasaskan penyelidik­an dan bersesuaia­n dengan gaya terkini.

“Justeru, pelancaran koleksi terbaru kali ini menggabung­kan kehebatan dua wanita ini untuk menggayaka­n rekaan yang dihasilkan. Kehidupan yang luar biasa dan penuh dengan makna adalah satu inspirasi kepada semua orang supaya mereka mampu melakukan setiap keinginan seperti dua wanita ini,” katanya.

Kempen berkenaan memaparkan adegan video secara spontan, gambar yang mesra dan menarik bersama gaya klasik yang disuai padan oleh Karla Welch.

Melalui gambar serta video unik, Bird menggambar­kan pengajaran hidup yang dikongsi di antara Kloss dan Burns yang bercitacit­a untuk memenuhi lebih banyak keinginan di samping menjadi lambang sebagai wanita luar biasa.

“Mereka menjadi diri sendiri dengan keinginan yang unik dan berusaha mengejar impian,” kata Karlie Kloss.

Pilihan ideal untuk Christy dengan gaya hidupnya yang pelbagai adalah kasut tumit Laree Grand. Ia adalah koleksi kasut tumit siluet premium dengan teknologi Grand. OS, bertapak ringan, tumit Achilles yang padat dan kusyen dalaman yang dipertingk­atkan untuk masa berdiri lebih panjang bagi menambah keselesaan serta mengurangk­an kesakitan pada kaki.

Kasut GrandEvolu­tion Velcro adalah untuk wanita seperti Karlie yang sentiasa sibuk, banyak berjalan dan tidak terikat dengan sesiapa. Fungsi dan tradisi disatukan dalam rekaan kasut itu yang menawarkan keselesaan tanpa perlu mengorbank­an gaya yang boleh digayakan secara kasual ataupun formal.

Penambahan elemen inovatif pada koleksi GrandPro yang dipenuhi dengan reka bentuk menarik bersama penggunaan fabrik sutera baldu mewah di samping memiliki ciri ringan.

Memberi tumpuan kepada keringanan kasut, koleksi berkenaan melambangk­an inovasi elegan melalui gabungan teknik, gaya dan kejurutera­an dengan menggunaka­n teknologi Grand.OS.

Koleksi kasut kulit wanita, Jagger Grand Weave Oxford diperbuat daripada kulit yang lembut selain turut memaparkan panel tenunan yang terkenal dengan jahitan terperinci.

 ??  ?? BERGAYA kasual mahupun formal.
BERGAYA kasual mahupun formal.
 ??  ?? PENAMPILAN kasut yang
kemas.
PENAMPILAN kasut yang kemas.
 ??  ?? SESUAI untuk individu yang gemarkan keunikan.
SESUAI untuk individu yang gemarkan keunikan.
 ??  ?? BEBAS ke mana saja dengan
selesa.
BEBAS ke mana saja dengan selesa.
 ??  ?? BERANI mengubah
gaya.
BERANI mengubah gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia