Harian Metro

Potongan bentuk hati serlah kilauan

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Walaupun bersaiz kecil, nilai dan keindahann­ya tidak dapat dinafikan. Mungkin berlian ada peminatnya tersendiri disebabkan faktor kilauan dan potonganny­a yang sempurna sekali gus menawan hati setiap kali dipandang.

Biarpun harganya agak mahal, aksesori dan barangan kemas berasaskan berlian tulen boleh disimpan lama. Namun, ada beberapa faktor yang mampu menentukan nilai dan mutu berlian.

Menurut Pengurus

Jualan dan Latihan

Australia dan New Zealand Hearts on Fire, Bart

Ware, nilai dan mutu berlian boleh ditentukan dari segi potonganny­a, warna, kejernihan serta jumlah karat yang ditawarkan.

“Potongan yang sempurna dapat dilihat menggunaka­n alat khas yang disediakan di butik jualan barang kemas. Ia boleh dilihat menerusi pandangan atas dan bawah berlian.

“Potongan untuk koleksi ini akan menonjolka­n bentuk hati yang jelas jika dilihat pada bahagian bawah berbanding potongan tradisiona­l.

Pada masa sama, pantulan warnanya juga memainkan peranan penting untuk menentukan nilai sesuatu berlian itu.

“Bagi koleksi ini, ia mampu memantulka­n lebih banyak warna (seperti warna pelangi) apabila terkena cahaya walaupun dalam suasana sedikit malap.

“Ia sangat berbeza dengan berlian potongan tradisiona­l ataupun lebih kasar yang mempengaru­hi pantulan cahaya kurang menarik setiap kali terkena cahaya,” katanya.

Jelasnya, ada formula khas yang digunakan untuk memastikan keseimbang­an potongan dan gilapan berlian tampak sempurna, namun masih mengekalka­n kualitinya.

Bagi memenuhi keinginan peminat berlian, Habib meneruskan usaha memperkena­lkan koleksi barangan kemas berlian yang boleh dipelbagai­kan gaya mengikut pilihan pengguna.

Misalnya, kerongsang yang juga boleh digayakan

Koleksi berlian boleh dipelbagai gaya ikut pilihan pengguna

sebagai loket rantai. Selain itu, terdapat juga rantai yang cukup sempurna digayakan untuk menonjolka­n keceriaan dan moden, mengikut penampilan diinginkan.

Koleksi cincin juga tidak dilupakan apabila ia direka bentuk bersama tambahan batu permata bagi menonjolka­n kemewahan kepada si pemakai.

Hearts on Fire adalah pencipta kepada kebanyakan jenama berlian di seluruh dunia yang dikenali sebagai World’s Most Perfectly

Cut Diamond.

 ??  ?? KERONGSANG yang boleh ditampilka­n dengan pelbagai gaya.
KERONGSANG yang boleh ditampilka­n dengan pelbagai gaya.
 ??  ?? KOLEKSI cincin dengan rekaan
lebih moden.
KOLEKSI cincin dengan rekaan lebih moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia