Harian Metro

Cetusan ilham hiasan arabes

Rekaan gaun inspirasi keindahan binaan Masjid Sultan Hassan, madrasah di Kaherah

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Setiap helaian gaun yang direka diinspiras­ikan daripada keindahan binaan Masjid Sultan Hassan dan madrasah di Kaherah. Pada masa sama, kekaguman terhadap hiasan arabes dan binaan Islam menjadi kunci kepada kejayaan pereka Jane Qadri, Zaharah Jane Al Junaid Mohammad Al Junaid menghasilk­an helaian terkini dengan idea segar.

“Ia terkenal sebagai masjid terbesar di dunia yang memiliki madrasah di dalamnya. Masjid berkenaan juga dibina dengan seni hiasan dan binaan Islam yang sangat indah.

“Keindahan binaan masjid berkenaan menjadi ilham untuk saya terus berkarya dan melebarkan idea rekaan agar ia diterima pencinta fesyen seluruh dunia.

“Semua rekaan ini juga berjaya dihasilkan selepas menyertai program 6MM di bawah kendalian Adnan Hassan. Saya sangat berbangga kerana berjaya menyiapkan semua rekaan berdasarka­n idea sendiri,” katanya.

Kreativiti­nya dapat dilihat pada rekaan Khaleesi yang memiliki hiasan ropol pada skirt. Ia diilhamkan daripada pintu masuk masjid dan pada masa sama seni binaan unik digunakan sebagai tambahan elemen perincian baju agar tampak lebih mewah.

Bagi rekaan Targaryn pula, tambahan hiasan mutiara pada bahagian baju sengaja disulam bersama batuan kristal bagi menampilka­n gaya eksklusif.

Selain itu, penggunaan kain sifon pada ropolnya juga memastikan ciri alunan gaun dapat ditonjolka­n seolah-olah sedang berdansa sekali gus memberikan keanggunan kepada si pemakai.

Tampak kuat dan berdikari, namun masih mengekalka­n keseksian si pemakai dapat dilihat pada rekaan Cercei yang disiapkan bersandark­an pada watak dimiliki ‘wanita besi’.

Inspirasi busana pengantin juga tidak ketinggala­n untuk ditampilka­n yang disiapkan dengan tambahan perincian mewah mutiara dan kristal yang berbentuk seperti seni binaan Islam.

Selain itu, terdapat juga rekaan dengan lukisan eksklusif hiasan arabes buatan tangan sepenuhnya yang bergemerla­pan tatkala disimbah cahaya lampu.

 ??  ?? ANTARA rekaan yang mengagungk­an keindahan masjid dan seni
binaan Islam.
ANTARA rekaan yang mengagungk­an keindahan masjid dan seni binaan Islam.
 ??  ?? WATAK ‘wanita besi’ menjadi ilham pada rekaan ini.
WATAK ‘wanita besi’ menjadi ilham pada rekaan ini.
 ??  ?? GAUN beropol untuk rekaan gaun si cilik.
GAUN beropol untuk rekaan gaun si cilik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia