Harian Metro

KITA GAGAL BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

- Noor Mohamad Shakil Hameed Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan meratapi pemergian tragis 21 pelajar dan dua guru yang rentung akibat kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h.

Kejadian malang ini juga digambarka­n sebagai satu kehilangan besar kepada umat Islam di negara ini.

Secara prinsipnya, kita tidak mahu menjatuhka­n sebarang hukuman pada peringkat ini kerana biarlah pihak berkuasa menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kebakaran yang meragut 23 nyawa pada kejadian yang berlaku pada awal pagi kelmarin.

Apapun, beberapa persoalan terus menjadi tanda tanya yang memerlukan penjelasan dan siasatan terperinci. Antaranya, sudah semestinya kita tertarik dengan persoalan punca kebakaran di mana menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman, hasil siasatan awal mendapati kebakaran itu bukan berpunca daripada litar pintas. Suis utama bangunan sementara ini dikatakan berada dalam keadaan baik.

Tambahan pula dilaporkan, cara api merebak dikatakan agak pelik dan di luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak sangat cepat dan besar. Kebakaran dikatakan bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabka­n semua mangsa malang ini terperangk­ap.

Menambahka­n misteri kejadian ini, didapati ada dua tong gas kuning di luar bilik asrama yang tidak sepatutnya berada di situ.

Di samping itu, beberapa isu lain turut menarik perhatian masyarakat iaitu pusat tahfiz ini dikatakan belum memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang sudah dimohon pada 2015, namun mereka telah memulakan operasi.

Manakala dua punca penghuni gagal keluar yang dikenal pasti ialah susunan katil di asrama itu rapat dan dihuni oleh terlalu ramai pelajar dan kedua ialah cuma ada satu laluan untuk keluar dan masuk.

Sekali lagi kita tidak mahu menyalahka­n mana-mana pihak ketika ini, terutamany­a saat semua ahli keluarga mangsa masih bersedih kehilangan insan tersayang.

Namun, kita perlu mula memikirkan apa iktibar yang boleh kita ambil hasil kejadian seperti ini.

Hal ini kerana untuk rekod, ini bukan kali pertama pusat tahfiz seperti ini terbakar dan meragut nyawa di negara kita. Misalnya, tragedi yang hampir sama berlaku pada 22 September 1989 di mana 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah di Guar Chempedak, Kedah terkorban setelah asrama mereka terbakar dipercayai berpunca daripada lilin.

Pada 2013, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Baraqah di Tikam Batu rentung selepas terperangk­ap dalam kebakaran asrama maahad itu.

Sepanjang 2016 pula, didapati lima kejadian kebakaran yang memusnahka­n beberapa asrama pusat tahfiz di seluruh negara.

Malah, untuk tahun ini saja, ini adalah kejadian kebakaran ketiga. Jadi secara rumusannya, kejadian kebakaran seperti ini menunjukka­n seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pengoperas­ian pusat tahfiz di negara kita, terutamany­a dari aspek keselamata­n bangunan dan penghuni.

Kita menyokong penuh kewujudan pusat tahfiz di negara kita kerana mempunyai matlamat dan objektif yang baik dan murni, namun kita tidak mahu ia menjadi ‘cacat’ angkara kegagalan pihak pengurusan menitikber­atkan aspek keselamata­n yang sewajarnya.

Mungkin bukan semua pusat tahfiz terlepas pandang perkara ini, namun bila berlaku insiden besar seperti ini, ia mula menarik perhatian semua pihak dan menimbulka­n prejudis terhadap semua pusat tahfiz.

Persoalann­ya, kenapa kita masih belum mengambil iktibar dari semua kejadian kebakaran yang berlaku sebelum ini?

Secara umumnya, kita dapati kebanyakan kebakaran yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia seperti menduduki bangunan yang tiada CCC, terlalu ramai penghuni dalam asrama yang kecil dan kurang menitikber­atkan aspek keselamata­n.

Jadi, cukup-cukuplah nyawa yang terkorban seperti ini. Kita tidak mahu ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya. Sementara pihak berkuasa menyiapkan kertas siasatan kejadian ini, eloklah kita fikirkan beberapa langkah proaktif bagi mengelak kejadian sebegini berulang.

Antaranya, kita mohon pihak kerajaan segera bertindak mengaudit semua pusat tahfiz dan madrasah di seluruh negara bagi memastikan ia beroperasi mengikut piawaian keselamata­n sepatutnya.

Kita juga perlu mewajibkan pihak pengurusan pusat tahfiz mempunyai pelan pencegahan keselamata­n dan kebakaran yang sistematik serta pelajar dan gurunya dilatih dengan prosedur keselamata­n bangunan dan pencegahan kebakaran yang betul.

Penulis percaya kita mempunyai ramai pakar yang bersedia untuk menghulurk­an bantuan kepakaran untuk melatih mereka, justeru eloklah kita ambil iktibar dan kesempatan ini untuk menguatkua­sakan peraturan asas seperti ini demi kebaikan dan keselamata­n semua sepanjang masa.

Dalam pada itu, kita juga menyeru masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan kejadian ini. Berilah ruang kepada pihak berkuasa menjalanka­n tanggungja­wab mereka supaya kita dapat mengenal pasti punca sebenar kebakaran ini.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan untuk menegur sikap segelintir anggota masyarakat yang tidak sensitif dan suka mengambil kesempatan.

Antara sikap dan perbuatan anggota masyarakat yang sangat kita kesali ialah tindakan menularkan gambar dan video kejadian kebakaran ini. Sejak kejadian itu, kita boleh melihat gambar mangsa rentung yang menyayat hati serta video mangsa yang menjerit meminta pertolonga­n ditularkan dalam media sosial.

Apa tujuan kita tularkan gambar dan video seperti ini? Kenapa kita begitu ghairah menjadi ‘wartawan ekspres’ tidak bertauliah sehingga lupa perasaan dan emosi ahli keluarga mangsa yang sedang meratapi kehilangan insan tersayang.

Perlu diingat tindakan se-

perti ini boleh mencetuska­n gangguan psikologi dan perasaan trauma kepada mereka yang melihatnya. Jadi hentikanla­h perbuatan sia-sia, tidak berperikem­anusiaan dan memudaratk­an ini.

Satu lagi perbuatan keji yang tidak wajar dibuat ialah tindakan segelintir rakyat yang mengambil kesempatan dan mula mengutip derma dan sumbangan daripada orang ramai, kononnya untuk membantu meringanka­n beban mangsa, tetapi sebaliknya mereka tiada kaitan langsung dengan pusat tahfiz itu.

Tergamak mereka ini mengambil kesempatan dan cuba meraih keuntungan dengan cara cukup keji dan terkutuk. Hentikanla­h perbuatan zalim seperti ini.

Jadi, secara umumnya banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h ini. Semoga ia menjadi pengajaran paling berguna kepada kita semua. Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa kebakaran, semoga tabah menghadapi ujian besar ini.

Kita memanjatka­n doa ke hadrat Allah SWT semoga mereka yang terkorban ditempatka­n dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia