Harian Metro

ANGKARA KHIANAT?

21 diuruskan dengan teknik tayamum, dua lagi dimandikan seperti biasa

- Kuala Lumpur

Siasatan pihak berkuasa kini menjurus aspek khianat dan tidak menolak kemungkina­n motif dendam sebagai punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah. Teori itu diperkuatk­an dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menampakka­n kelibat dua lelaki, termasuk seorang memanjat pagar pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum menyelusup ke pusat pengajian al-Quran itu, dua jam sebelum tragedi yang meragut 23 nyawa itu berlaku.

Semua 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat, di sini, kelmarin, melalui proses tayamum, dimandikan sebelum dikafankan di Surau Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Difahamkan, 21 jenazah diuruskan dengan teknik tayamum manakala dua lagi dimandikan seperti biasa.

Terdahulu, semua jenazah menjalani proses padanan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) ahli keluarga di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL sebelum dibawa ke surau berkenaan secara berperingk­at bermula kira-kira jam 4 petang semalam hingga jam 6 petang.

Bagaimanap­un, hanya tinggal 10 jenazah masih berada di surau itu untuk diuruskan pada jam 6.45 petang semalam sebelum sesi solat jenazah dilaksanak­an secara berperingk­at.

Jenazah seterusnya dibawa keluar dengan menaiki van jenazah ke tanah perkuburan masing-masing yang sudah ditetapkan.

Sebanyak 12 jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Sementara itu, dalam satu kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) memaklumka­n empat lagi jenazah mangsa dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, tiga lagi jenazah dikebumika­n masing-masing di Taman Kosas, Dato’ Keramat, Jalan Klang Lama Taman Medan dan Bukit Kuari, Cheras.

Tiga jenazah lagi dikebumika­n masing-masing di Tanah Perkuburan Paroi Jaya, Seremban (Negeri Sembilan), Pengkalan Kubur (Kelantan) dan Sungkai (Perak).

Sebelum itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n identiti kesemua 23 mangsa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h berjaya dikenal pasti hasil ujian DNA.

Beliau berkata proses pengecaman terhadap mangsa selesai dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n kelibat suspek memasuki pusat tahfiz sebelum kebakaran.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n kelibat suspek memasuki pusat tahfiz sebelum kebakaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia