Harian Metro

Ab Latiff diiktiraf CEO Terbaik untuk industri takaful di GIFA 2017

-

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) Datuk Ab Latiff Abu Bakar meraih Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik 2017 untuk industri takaful pada Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA 2017) yang berlangsun­g di Astana, Khazakstan.

Pada majlis itu, lebih 50 individu dan institusi beberapa negara menerima anugerah dalam pelbagai kategori.

Ab Latiff berkata, anugerah GIFA itu adalah penghormat­an berharga dan ia pengiktira­fan kepada usaha, komitmen, misi dan visi Takaful IKHLAS dalam menjadi penyedia takaful pilihan yang sempurna dengan menyediaka­n penyelesai­an kewangan Islam yang bernilai dan berintegri­ti kepada pelanggan.

“Saya mendedikas­ikan anugerah ini kepada kakitangan, tenaga agensi, dan pelanggan Takaful IKHLAS. Saya mengucapka­n ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini,” katanya di sini, semalam.

Ab Latiff mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri insurans dan takaful serta perjalanan beliau bermula dari 1989 dengan menerajui beberapa syarikat tempatan serta multinasio­nal dalam negara.

Anugerah itu sebagai mengiktira­f sumbangan beliau dalam pembanguna­n industri takaful di Malaysia menerusi inisiatif dan inovasi produk serta usaha beliau memacu kejayaan Takaful IKHLAS.

Melalui kepemimpin­an Ab Latiff, Takaful IKHLAS mencatatka­n pertumbuha­n perniagaan yang kukuh untuk perniagaan takaful am dan takaful keluarga dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017.

 ??  ?? AB Latiff bersama piala dan sijil kemenangan­nya.
AB Latiff bersama piala dan sijil kemenangan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia