Harian Metro

Mati diheret buaya masuk sungai

-

Polis Sri Lanka semalam menemui mayat wartawan British berusia 24 tahun yang disyaki maut selepas diheret buaya ke dalam sungai ketika membasuh tangan.

Mayat Paul McClean ditemui penyelam di dalam lagun lumpur di sebuah kampung tepi pantai di Panama, 360 kilometer dari timur Colombo, kata jurucakap polis.

“Ada enam atau tujuh kesan luka di kaki kanannya. Mayatnya terperangk­ap di dalam lumpur di tempat sama dia dilihat kali terakhir oleh rakannya,” kata polis.

McClean dipercayai diheret buaya berkenaan selepas tergelinci­r ketika mencuci tangannya di lagun yang dipenuhi buaya itu pada pe- tang Khamis lalu.

Media British melaporkan, ketika kejadian McClean yang bekerja untuk Financial Times sedang bercuti bersama rakannya.

“Dia sedang belajar meluncur apabila memberitah­u mahu membuang air. Dia kemudian masuk ke dalam hutan kira-kira 800 meter dari sini sebelum diserang haiwan berkenaan ketika mencuci tangannya,” kata pemilik Sekolah Luncur Safa berhampira­n tempat kejadian, Fawas Lafeer.

Seorang nelayan tempatan yang menyaksika­n kejadian memberitah­u ternampak seorang lelaki diseret buaya ke dalam sungai.

Usaha mencari McClean dilakukan dengan bantuan penyelam tentera laut.

Serangan buaya jarang berlaku di Sri Lanka. Bagaimanap­un, awal bulan ini, pihak berkuasa hidupan liar melaporkan, buaya menyerang gajah liar di selatan pulau itu.

Ketika banjir monsun pada Mei lalu, pihak berkuasa turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap buaya sesat.

Pada April lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun diserang dan diheret buaya ketika dia bercuti bersama keluargany­a di Tasik Pulnewa. - Agensi

 ??  ?? TEMPAT terakhir McClean dilihat sebelum ditarik ke dalam sungai. - Daily Mail
TEMPAT terakhir McClean dilihat sebelum ditarik ke dalam sungai. - Daily Mail
 ??  ?? MCCLEAN
MCCLEAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia