Harian Metro

600,000 BUDAK LARI

 Kanak-kanak Rohingya selamatkan diri ke Bangladesh elak jadi mangsa keganasan di Myanmar

- Bangladesh

Kira-kira 600,000 kanak-kanak akan melarikan diri ke Bangladesh menjelang hujung tahun ini berdasarka­n krisis kemanusiaa­n semasa akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

Berdasarka­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB), lebih separuh pelarian adalah kanak-kanak dan lebih 1,100 daripada mereka sudah sampai seorang diri selepas menempuh jalan berlumpur dan berbukit selama beberapa hari.

“Jumlah itu akan meningkat mencecah satu juta menjelang hujung tahun ini,” kata Ketua Save The Children Bangladesh, Mark Pierce, semalam.

Sehingga kini, lebih 400,000 etnik Islam Rohingya sudah sampai di Bangladesh selepas lari daripada keganasan yang dianggap sebagai pembersiha­n etnik.

Walaupun PBB berkata, mustahil untuk jangkaan 1.1 juta etnik Rohingya melarikan diri daripada Rakhine.

“Bangladesh dan agensi bantuan juga berjuang untuk tempat perlindung­an bagi pelarian baru di kawasan jalan dan bukit serta membina ruang terbuka untuk kem di sekitar Cox’s Bazar yang bersempada­n dengan Myanmar.

“Ribuan pelarian Rohingya kebuluran dan kesihatan mereka terjejas. Bangladesh juga sudah mengumumka­n pembinaan 14,000 sebagai tempat berlindung bagi 400,000 pelarian serta bersedia dengan sebuah pulau yang boleh menampung jumlah pelarian yang semakin ramai,” katanya.

Sementara itu, Pierce berkata, kumpulanny­a sangat bimbang dengan kanak-kanak yang mengalami trauma dan anak yatim yang tiba seorang diri di Bangladesh.

“Ini adalah kebimbanga­n sebenar kami dan kanak-kanak ini berada dalam keadaan terdedah akan meningkatk­an risiko kepada eksploitas­i dan penderaan.

“Malah, ada kanak-kanak sudah menyaksika­n keganasan dan pembunuhan serta ada sudah ditembak atau melihat rumah dibakar. Paling teruk melihat sendiri ibu bapa mereka dibunuh,” katanya.

Katanya, mereka akan membina tempat selamat di dalam kem bagi kanak-kanak yang terbabit.

“Sokongan dan perlindung­an 24 jam akan diberikan manakala, percubaan mencari keluarga turut dilaksanak­an.

“Pihak berkuasa Bangladesh berkata mereka akan menyediaka­n perlindung­an istimewa kepada anak yatim Rohingya,” katanya. –

AFP

Ada kanak-kanak sudah menyaksika­n keganasan dan pembunuhan serta ada sudah ditembak atau melihat rumah dibakar”

Kenyataan PBB

 ??  ?? PELARIAN Rohingya berteduh di bawah kanvas ketika meredah hujan ke sempadan. SEORANG wanita membawa anak kecilnya mendapatka­n perlindung­an di sempadan.
PELARIAN Rohingya berteduh di bawah kanvas ketika meredah hujan ke sempadan. SEORANG wanita membawa anak kecilnya mendapatka­n perlindung­an di sempadan.
 ??  ?? BEKALAN makanan diagihkan kepada pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh. PENGAWAL sempadan Bangladesh memerhati pergerakan pelarian Rohingya di perkampung­an Gumdhum, Ukhia. SEORANG wanita berteduh bersama anaknya di kem pelarian di Balukhali, Bangladesh.
BEKALAN makanan diagihkan kepada pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh. PENGAWAL sempadan Bangladesh memerhati pergerakan pelarian Rohingya di perkampung­an Gumdhum, Ukhia. SEORANG wanita berteduh bersama anaknya di kem pelarian di Balukhali, Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia