Harian Metro

150,000 pengguna terjejas akibat catuan bekalan air bersih

-

diselesaik­an secepat mungkin lebih-lebih lagi jika ada hari perayaan” katanya.

Pengusaha Restoran D’ Tepian Amirul, Amirul Anuar Sulaiman, 39, pula berkata, akibat kejadian itu, dia mencatu bekalan air di restoranny­a apabila gangguan bekalan air itu berlaku.

“Saya menggunaka­n alternatif lain termasuk menyediaka­n tujuh tong drum plastik selain menggunaka­n air mineral untuk masakan dan minuman pelanggan manakala menggunaka­n bekas pakai buang untuk pembungkus­an,” katanya.

Beliau yang turut mengusahak­an pusat cucian kenderaan di lokasi berhampira­n menanggung kerugian kerana membayar upah pekerja seperti biasa walaupun operasi tergendala.

Akibat pencemaran yang berlaku Jun lalu, 150,000 pengguna akaun air di Simpang Renggam akibat penutupan LRA Simpang Renggam ditutup selepas bacaan ammonia yang tinggi dikesan pada sumber air mentah.

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Ranhill Sdn Bhd Jamaluddin Jamal berkata, sumber air mentah untuk loji berkenaan mencatatka­n bacaan ammonia 13 perjuta (PPM) berbanding bacaan

1.5 PPM dibenarkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pencemaran berlaku apabila kolam air larutan resapan (leachate) di pusat pelupusan Renggam pecah dan menyebabka­n pencemaran air,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Wilayah Johor SWM Environmen­t Sdn Bhd Mohd Zan Arris berkata, tindakan serta-merta sudah dilaksanak­an bagi mengelakka­n isu terbabit daripada merebak dan berpanjang­an.

 ??  ?? AMIRUL Anuar
AMIRUL Anuar
 ??  ?? FAZILLAH
FAZILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia