Harian Metro

DAH MULA NAMPAK HASIL

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kecemerlan­gan skuad muda bola sepak negara di beberapa kejohanan serantau membuktika­n bahawa pembaharua­n yang dibawa kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini berada pada landasan tepat.

Bermula dengan kejayaan skuad bawah 22 tahun negara (B-22) layak ke Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari depan selain mara ke final Sukan SEA bulan lalu dan kejayaan pasukan B-18 layak ke final Kejohanan Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) nyata membanggak­an badan induk itu.

Walaupun ia agak memberangs­angkan, namun Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi menganggap ia sebagai satu cabaran besar buat mereka untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat selepas ini.

“Sudah tentu kejayaan pasukan muda kita iaitu skuad B-22 dan B-18 menggegar kejohanan serantau menggembir­akan FAM selaku badan yang bertanggun­gjawab ke atas skuad negara.

“Malah, ia selari dengan misi dan visi Tunku Presiden FAM (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang mahu membentuk sebuah skuad jangka panjang dengan menitik beratkan soal pembanguna­n.

“Bagaimanap­un, ini cabaran besar kepada semua kepimpinan FAM untuk terus mengekalka­n rekod baik ini. Kalau tidak orang akan pandang rendah kepada FAM.

“Kita sudah berada di atas landasan betul dan sekarang semua pihak terutamany­a di FAM kena kerja lebih keras lagi bagi memastikan bola sepak kita konsisten untuk tempoh lama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pembaharua­n yang di bawa Tunku Ismail sejak memimpin FAM pada penghujung Mac lalu makin menunjukka­n perubahan apabila kejutan demi kejutan berjaya di lakar pasukan negara.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya kejayaan manis skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menempatka­n diri dikalangan 16 pasukan terhebat

Asia beraksi di China tahun depan apabila muncul juara

Kumpulan H dalam pusingan kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok, Julai lalu.

 Rentetan kejayaan pemain muda negara tanda pembaharua­n dibawa FAM hadir impak

 ??  ?? YUSOFF (kanan) harap prestasi skuad bola sepak negara lebih konsisten.
YUSOFF (kanan) harap prestasi skuad bola sepak negara lebih konsisten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia