Harian Metro

Muhammad Nabil Zakwan tekad harum nama negara

-

Minat mendalam terhadap sukan bola sepak sejak berusia enam tahun melayakkan Muhammad Nabil Zakwan Mohd

Zaki dari Ampang menyertai Exchange Football Tournament U-12 Maebashi Mayors Cup 2017 yang berlangsun­g di Jepun.

Muhammad Nabil Zakwan yang berusia 12 tahun menyertai skuad negara bersama 15 pelajar lain dari seluruh Malaysia untuk berentap di negara matahari terbit itu hingga 20 September ini.

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik, Ampang, Selangor itu yang bermain bagi kategori 12 tahun melahirkan rasa gembira dipilih Majlis Sukan

Negara (MSN) kerana bakal berentap bersama pemain di seluruh negara.

“Ini peluang yang amat berharga kepada saya untuk terus mengejar impian bergelar pemain bola sepak terkemuka.

“Dengan peluang ini, saya mahu buktikan yang terbaik dan mengharumk­an nama Malaysia di peringkat antarabang­sa,” katanya ditemui pada majlis penyampaia­n sumbangan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail

Kijo memberi sumbangan kepada Muhammad Nabil Zakwan.

Hadir sama Guru

Besar Juhranar Yang dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Tasik Izudin Masowadi.

Muhammad Nabil Zakwan aktif bermain bola sepak sejak berusia enam tahun dan menyertai tiga kelab bola sepak serta memenangi pelbagai kejohanan di peringkat negeri.

Dia yang menjadikan bintang bola sepak negara Mokhtar Dahari sebagai idola berhasrat bermain ke peringkat lebih tinggi suatu hari nanti.

Menurut Muhammad Nabil, sokongan daripada ayah Mohammad

Zaki Misman, 37, dan ibunya Norashikin

Yusof, 35, menguatkan semangatny­a untuk terus terbabit aktif dalam permainan itu.

Dia juga bakal melanjutka­n pengajian ke Sekolah Sukan Malaysia Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tahun depan.

 ??  ?? MUHAMMAD Nabil Zakwan
MUHAMMAD Nabil Zakwan
 ??  ?? ISMAIL (kiri) beramah mesra dengan Muhammad Nabil Zakwan.
ISMAIL (kiri) beramah mesra dengan Muhammad Nabil Zakwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia