Harian Metro

Hati kering

 Tujuh suspek dilihat berlegar di kawasan kejadian selepas laku jenayah

-

Hati kering. Itu gambaran diberikan kepada tujuh suspek remaja yang dilihat masih berlegar-legar di kawasan kejadian selepas melakukan jenayah terancang hingga meragut 23 nyawa mangsa tidak berdosa.

Aktivis Kanan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Zharif Johor berkata, suspek masih dilihat melepak dan bersembang beramai-ramai di tepi tasik berhampira­n lokasi kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku sejurus kejadian.

Menurutnya, kumpulan remaja terbabit dilihat berkeliara­n di kawasan tasik dari hari kejadian sehingga Subuh keesokan harinya.

“Mereka seolah-olah tiada hati atau perasaan simpati. Masih boleh bersembang dan melepak selepas membunuh 23 nyawa.

“Jika orang lain pasti sudah takut dan bersembuny­i, namun kami (kakitangan PPIM) masih boleh lihat kelibat mereka melepak tanpa rasa khuatir,” katanya kepada Harian Metro.

Dia bagaimanap­un bersyukur kes itu dapat diselesaik­an polis dalam tempoh masa singkat.

Menurutnya, kakitangan PPIM sangat merasai kehilangan pelajar tahfiz yang meninggal dunia itu berikutan mereka selalu dilihat berlari, mengaji al-Quran dan bergurau senda.

“Hampir 90 peratus jemaah di surau berhampira­n dipenuhi pelajar tahfiz terbabit setiap kali waktu solat.

“Ketiadaan mereka sangat dirasai, masih terbayang wajah mereka di ruang mata kami. Walaupun mereka pelajar tahfiz, tetapi mereka masih kanak-kanak riang berlari dan bergurau. Saya rasa sedih dan terkesan dengan peristiwa menyayat hati ini,” katanya.

Menurutnya, setiap kali menunaikan solat Zuhur dan Asar kini, dia akan rasa sebak kerana kebiasaann­ya kiri kanan saf dipenuhi pelajar tahfiz terbabit.

“Saya doakan semoga keluarga mangsa tabah dan roh pelajar tahfiz terbabit dicucuri rahmat.

“Kanak-kanak ini juga sering menyapa pekerja kontraktor di bangunan kami yang sedang membaiki bumbung dengan memberi minuman dan makanan,” katanya.

 ??  ?? KIOS makanan ‘Cek Mek Molek’ yang didakwa lokasi suspek merancang.
KIOS makanan ‘Cek Mek Molek’ yang didakwa lokasi suspek merancang.
 ??  ?? TASEK Datuk Keramat di belakang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar.
TASEK Datuk Keramat di belakang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia