Harian Metro

6 suspek pernah dibuang sekolah

-

Kuala Lumpur: Enam daripada tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h pernah dibuang sekolah beberapa tahun lalu.

Bagaimanap­un seorang lagi suspek berusia 18 tahun menamatkan sesi persekolah­an dan menyambung pengajian di pusat GiatMARA namun kini tidak lagi menyambung pengajian.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, suspek pernah terbabit dalam pelbagai masalah disiplin antaranya tidak menghadirk­an diri ke sekolah dalam

tempoh lama iaitu sejak 2012 hingga Februari 2016.

Katanya, ada seorang suspek berumur 16 tahun hanya bersekolah di tingkatan satu pada 2012 dan kini tidak lagi bersekolah.

Menurutnya, pihak sekolah mengunjung­i rumah suspek beberapa kali namun mereka enggan hadir ke sekolah menyebabka­n tindakan akhir diambil iaitu membuang mereka.

“Maknanya mereka pernah bersekolah pada satu masa saja dan tidak bersekolah pada waktu ini.

“Mereka bersekolah sekejap, sebab itu ditulis tidak bersekolah (ketika ini),” katanya selepas merasmikan Karnival Sayangi Diri

Jauhi Dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Rusni Ab Jalil dan Pengetua SMK Seri Saujana Sapura Amat.

Difahamkan, tiga daripada suspek terbabit pernah bersekolah di SMK Seri Ampang, dua di SMK Padang Tembak , serta masing-masing satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Keramat 1 dan SK Datuk Keramat.

 ??  ?? MAHDZIR
MAHDZIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia