Harian Metro

Semak 100 pusat tahfiz

-

 KBS umum beri khidmat percuma periksa sistem pendawaian elektrik

Kuala Lumpur: “Dia (Mohammad Shahir, 11) sudah mula sedarkan diri dan mampu mengangguk ketika ditanya walaupun masih menggunaka­n alat bantuan pernafasan. Syukur keadaannya semakin stabil,” ujar Datuk Dr Sharifuddi­n Musa, 45.

Dia berkata, anaknya yang terselamat daripada tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Qyran Ittifaqiya­h, Khamis lalu, semakin menunjukka­n tanda positif.

“Saya amat bersyukur dengan tahap kesihatan Shahir apabila dia sudah boleh memberikan maklum balas sekalipun menggunaka­n bahasa isyarat.

“Sebelum ini Shahir dilaporkan kritikal akibat kecederaan dialaminya iaitu patah tulang rusuk sehingga berlaku pendarahan pada paru-paru, patah tulang pinggul, kulit bahagian belakang melecur 20 peratus dari leher hingga ke pinggang selain masalah kekurangan oksigen.

“Memandangk­an tiub bantuan pernafasan masih dipakaikan di mulutnya, saya hanya meminta dia mengangguk sebagai maklum balas kepada pertanyaan saya. Dia mengangguk ketika saya mengharapk­an dia bersabar.

“Tahap kesihatan Shahir bertambah baik semalam (Ahad). Saya bertanya pada Shahir adakah dia haus? Dia mengangguk. Saya jelaskan padanya saya tidak dapat memberikan dia air dan akan meminta bantuan doktor untuk melakukan tugas itu, dia sekali lagi mengangguk,” katanya.

Dia jelas bersyukur berikutan tindak balas diberikan anaknya itu menunjukka­n Shahir tidak mengalami apa-apa kecederaan di otak.

Sharifuddi­n yang ditemui di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam turut mengharapk­an hukuman setimpal diberikan terhadap suspek yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h.

“Tindakan dan perancanga­n suspek membakar pusat tahfiz itu menunjukka­n seolah-olah mereka adalah penjenayah profesiona­l.

“Mungkin mereka terpengaru­h selepas menonton saluran media, video, rancangan atau filem,” katanya.

Menurutnya, dia menghargai setiap doa dan ucapan takziah diterima daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.

“Tidak sangka kejadian ini mendapat perhatian daripada rakan saya yang berada di Makkah. Terima kasih daripada saya sekeluarga. Mungkin berkat doa mereka menguatkan semangat Shahir untuk pulih kerana dia menunjukka­n perkembang­an yang luar biasa berbanding keadaan sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? GURU Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Nawawi Taman Ibu Kota menziarahi kubur mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak (Taman Selaseh), Batu Caves.
GURU Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Nawawi Taman Ibu Kota menziarahi kubur mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak (Taman Selaseh), Batu Caves.
 ??  ?? KHAIRY menyampaik­an sumbangan kepada Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Mohd Zahid Mahmod.
KHAIRY menyampaik­an sumbangan kepada Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Mohd Zahid Mahmod.
 ??  ?? KHAIRY melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar di Kampung Datuk Keramat.
KHAIRY melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar di Kampung Datuk Keramat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia