Harian Metro

800 murid terima deposit percuma buka akaun SSPN

-

Bintulu: Seramai 800 murid tahun satu membabitka­n 12 sekolah bantuan penuh kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Bintulu, Sarawak menerima sumbangan deposit percuma bernilai RM50 setiap seorang menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i/SSPN-i Plus), semalam.

Pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i/SSPN-i Plus untuk murid tahun satu sekolah bantuan penuh kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017 lalu.

Melalui skim itu, peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan untuk diberi secara percuma kepada mereka yang layak dan daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta diperuntuk­kan kepada hampir 40,000 murid tahun satu di Sarawak.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Mastura Mohd Khalid berkata, pemberian sumbangan itu sewajarnya dipuji dan perlu menjadi ikutan di kawasan lain meliputi Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

“Pada hari ini (semalam), murid tahun satu berkenaan bukan hanya menerima sumbangan RM50 daripada Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip, tetapi juga tambahan simpanan daripada kerajaan melalui PTPTN sebanyak RM50 yang menjadikan simpanan mereka berjumlah RM100.

“Hal ini seiring dengan usaha proaktif PTPTN pada tahun ini untuk mempromosi dan menyebarlu­askan lagi produk penabungan pendidikan SSPN-i dan SSPN-i Plus di seluruh negeri, daerah dan kawasan di Malaysia,” katanya pada majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Murid Tahun Satu 2017 DUN Jepak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jepak, Bintulu.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Yusup Harbi, Penolong Kanan Pentadbira­n SK Kampung Jepak Hasimah Wahab dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Nurul Jamal.

Sementara itu, Talib berkata, usaha proaktif PTPTN dalam mentransfo­rmasikan minda rakyat untuk membuat tabungan pendidikan dari awal usia adalah tindakan amat baik dan perlu dijayakan oleh segenap lapisan masyarakat.

“Saya amat berharap PTPTN tidak dilihat sebagai pemberi pinjaman atau pengutip hutang semata-mata, sebaliknya sebagai tabung pendidikan untuk rakyat Malaysia pada masa depan.

“Kewujudan SSPN-i dan SSPN-i Plus sememangny­a satu anugerah kepada kita kerana instrumen ini adalah pelan simpanan terbaik yang disediakan untuk rakyat,” katanya.

Penerima sumbangan, Norhayati Mohamad, 29, yang juga ibu kepada Muhamad Aiman Kamaruzzam­an Deraman, 7, berkata, dia berazam untuk sentiasa menyimpan di dalam akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus kerana menyakini ia adalah skim terbaik.

“Ibu bapa seharusnya mengambil peluang Insentif Khas Geran Sepadan ini dengan mengamalka­n sikap menabung untuk pendidikan dan masa depan anak-anak,” katanya.

Ibu bapa atau penjaga hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan SSPN-i/SSPN-i Plus pada tahun ini bagi melayakkan anak mereka menikmati insentif berkenaan.

Pada masa sama, PTPTN mengadakan Cabutan WOW! 20 Tahun kepada semua pendeposit SSPN-i/SSPN-i Plus yang membuat pembukaan atau penambahan akaun dengan lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000 disediakan.

Cabutan itu merangkumi Cabutan Bulanan dan Cabutan Istimewa sempena ulang tahun ke-20 penubuhan PTPTN. Ia sebagai tanda penghargaa­n dan galakan kepada masyarakat menyimpan dengan PTPTN.

 ??  ?? MASTURA (dua dari kiri) dan Talib (tengah) bersama sebahagian murid tahun satu yang menerima sumbangan insentif.
MASTURA (dua dari kiri) dan Talib (tengah) bersama sebahagian murid tahun satu yang menerima sumbangan insentif.
 ??  ?? NORHAYATI bersama Muhamad Aiman Kamaruzzam­an.
NORHAYATI bersama Muhamad Aiman Kamaruzzam­an.
 ??  ?? IBU bapa mendengar penerangan kakitangan PTPTN.
IBU bapa mendengar penerangan kakitangan PTPTN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia