Harian Metro

UBAH SUAI RM750,000

-

 Penempatan baru pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h hampir siap dengan kemudahan, persekitar­an lebih kondusif

Kuala Lumpur

Lokasi penempatan baru pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung, di sini, mampu menampung kehadiran 60 pelajar dengan kemudahan dan persekitar­an lebih kondusif berbanding premis sementara yang terletak 800 meter dari bangunan baru itu.

Pengetuany­a, Mohd Zahid Mahmood berkata, bangunan baru itu yang masih dalam proses pengubahsu­aian dan hampir siap sepenuhnya dijangka boleh diduduki selewat-lewatnya Oktober ini.

“Bangunan tahfiz baru itu mempunyai lima tingkat termasuk tiga tingkat aras bawah tanah yang menempatka­n pelbagai kemudahan termasuk gelanggang rekreasi serba guna.

“Perbezaan ketara antara premis sementara dengan yang baru ini adalah lebih banyak kemudahan disediakan seperti bilik pengetua, bilik mesyuarat, dua bilik asrama dan bilik warden berasingan,” katanya.

Mohd Zahid berkata, asrama pelajar turut mempunyai dua pintu keluar yang terletak di bahagian depan dan belakang bagi memudahkan perjalanan keluar masuk belajar.

“Sebelum ini, asrama sementara itu hanya mempunyai satu pintu keluar saja. Bagaimanap­un, kami membuat penambahba­ikan dengan menyediaka­n dua pintu di setiap tingkat asrama untuk memudahkan pergerakan pelajar. “Selain itu, pusat tahfiz baru itu kelak akan memiliki lebih 20 bilik yang dijadikan sebagai bilik guru, dapur, surau, pejabat pengetua, bilik penginapan warden, bilik khas, kelas dan stor penyimpana­n barangan” katanya.

Beliau berkata, RM750,000 diperuntuk­kan sebagai kos pengubahsu­aian premis baru itu bagi menyediaka­n banyak kemudahan untuk keselesaan pelajar dan tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.

“Ketika ini, pelan bangunan baru masih dalam semakan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan premis itu mendapat sijil layak menduduki.

“Sebaik semua proses pengubahsu­aian dan permohonan sijil itu selesai, semua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajar­an. Bagi pelajar yang terselamat daripada tragedi kebakaran itu, kami menyerahka­n sepenuhnya kepada ahli keluarga sama ada mahu membenarka­n mereka meneruskan pengajian di tahfiz ini atau sebaliknya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia