Harian Metro

Didik remaja benci jenayah

-

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran mewujudkan sistem pendidikan khusus untuk kesedaran serta pendidikan disiplin supaya remaja bermasalah di negara ini dididik menjadi warganegar­a pembenci jenayah selain memiliki disiplin serta moral tinggi.

Penasihat Biro Agama dan Kebajikan Yayasan Keprihatin­an Komuniti Malaysia (YKKM) Ustaz Hanafiah Abdul Malek berkata, isu pusat tahfiz dibakar baru-baru ini sehingga mengorbank­an 23 nyawa adalah amaran betapa seriusnya masalah moral segelintir generasi baru negara.

Beliau menyaranka­n pelajar bermasalah perlu dimasukkan ke sekolah disiplin khas untuk pembentuka­n akhlak dan kemahiran sebagai mengatasi masalah remaja samseng.

“Alangkah baiknya sekiranya ada peruntukan khusus untuk mewujudkan sekolah disiplin berasrama penuh. Terapkan disiplin ala latihan tentera, beri kemahiran seperti GiatMARA dan didikan agama umpama maahad tahfiz.

“Berbeza dengan Sekolah Henry Gurney (sekolah pemulihan), itu tempat atas kesalahan jenayah. Apa yang saya cadangkan ialah sekolah disiplin khas untuk mereka yang melanggar disiplin sebelum melakukan jenayah.

“Dengan adanya kuasa undang-undang dan sistem pendidikan khas itu boleh membentuk mereka yang ada masalah disiplin supaya tidak menjadi penjenayah,” katanya.

Beliau yang juga pendakwah bebas juga meminta supaya dikaji semula beberapa pendekatan diamalkan ketika ini seperti pelajar bermasalah dibuang sekolah, guru tidak boleh merotan dan memarahi pelajar serta penilaian akademik pelajar bukan budinya yang disifatkan kurang berkesan membentuk remaja berdisipli­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia