Harian Metro

Kesan bibit

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Sebuah pusat tahfiz yang beroperasi di daerah ini diarah untuk mengosongk­an asrama pelajar susulan pemeriksaa­n yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mendapati pengusahan­ya gagal mematuhi aspek keselamata­n.

Pengarah JBPM Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, pihaknya akan mengeluark­an notis pengosonga­n asrama di tingkat tiga bangunan rumah kedai berkenaan, minggu ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mengejut yang dilakukan pada Jumaat lalu mendapati antara kesalahan dikesan seperti warden dan pelajar tidak mengetahui tempat simpanan kunci pintu menghubung­kan bilik asrama dengan tangga kecemasan.

“Kami mengarahka­n pihak pengurusan pusat tahfiz itu memindahka­n pelajar ke premis lain yang lebih selamat. Mereka juga diarah supaya mematuhi notis memastikan asrama itu selamat, sebelum kami boleh memberikan kebenaran untuk digunakan semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, Norazam berkata, kebanyakan pengendali pusat tahfiz di negeri ini kurang kesedaran mengenai aspek keselamata­n dan tidak memahami prosedur yang membolehka­n bangunan dijadikan asrama.

“Kebanyakan pemilik pusat tahfiz atau madrasah kecil yang mempunyai bilangan pelajar tidak ramai berkemungk­inan kurang memberi perhatian terhadap aspek keselamata­n kebakaran.

“Ada juga pemilik yang tidak begitu memahami prosedur yang memerlukan mereka mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk membolehka­n bangunan

 Bomba arah pemilik pusat tahfiz pindah pelajar dari rumah kedai

dijadikan asrama,” katanya.

Menurutnya, terdapat kira-kira lapan pusat tahfiz belum berdaftar di negeri ini, manakala pemeriksaa­n ke atas 31 pusat tahfiz yang

 ??  ?? NORAZAM ketika pemeriksaa­n mengejut di asrama pusat tahfiz di Seremban, jumaat lalu.
NORAZAM ketika pemeriksaa­n mengejut di asrama pusat tahfiz di Seremban, jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia