Harian Metro

Suami isteri kebas tabung derma tahfiz

-

Chukai: Dua individu dipercayai pasangan suami isteri diburu selepas didakwa melarikan tabung kutipan derma sebuah pusat tahfiz diletakkan di dalam kedai sebuah stesen minyak di Kerteh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Mohd Said Ibrahim berkata, tindakan mereka itu dikesan selepas dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam stesen minyak berkenaan jam 2 petang.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan terhadap rakaman CCTV itu didapati suspek lelaki yang berusia 40-an mengambil tabung berkenaan ketika pekerja kaunter stesen minyak itu melayan suspek wanita berusia 30-an.

“Kamera CCTV itu menunjukka­n kedua-dua suspek memperdaya­kan pekerja stesen minyak berkenaan dengan berpura-pura membeli barang di stesen minyak terbabit.

“Suspek lelaki didapati berpura-pura bertanya barangan kepada pekerja wanita di kaunter itu manakala seorang lagi pekerja melayan suspek wanita membuat bayaran,” katanya.

Mohd Said berkata, suspek lelaki mengambil tabung berkenaan sebaik pekerja kaunter leka melayan wanita berkenaan lalu bergegas keluar dari stesen minyak terbabit.

“Kami menyiasat berhubung kerugian itu dan pembabitan suspek dengan kes kecurian tabung derma sebelum ini yang pernah dilaporkan sebelum ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek ini diminta segera menghubung­i balai polis berhampira­n untuk diambil tindakan lanjut.

“Maklumat dan bantuan daripada orang ramai amat diperlukan bagi membantu mengesan, sekali gus menahan pasangan terbabit,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN suami isteri yang dirakam CCTV dipercayai berpakat melarikan tabung derma pusat tahfiz.
PASANGAN suami isteri yang dirakam CCTV dipercayai berpakat melarikan tabung derma pusat tahfiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia