Harian Metro

Strategi bina kerjaya cemerlang

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Sejumlah 30 peratus pelatih SL1M sertai CIMB diterima bekerja tetap, kontrak

Setiap graduan yang menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), bukan saja mendapat situasi sebenar alam pekerjaan, malah turut dilatih untuk menguasai kemahiran berkomunik­asi, meningkatk­an keyakinan diri dan mempersiap­kan diri dengan pengalaman bekerja.

Berkongsi kelebihan SL1M itu, Ketua Pengambila­n Bakat Kumpulan CIMB Soon Le Meng berkata, program berkenaan adalah perancanga­n amat sesuai untuk membentuk karier dan membuka peluang masa depan yang cerah kepada setiap graduan.

“Belum terlambat untuk seseorang graduan yang masih menganggur untuk mengubah nasib diri dan keluarga kerana SL1M menyediaka­n pakej lengkap untuk bergelar seorang pekerja yang baik setaraf profesiona­l.

“Kami di Kumpulan CIMB sentiasa menyokong program (SL1M) ini kerana ia mampu meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.

“Sejak 2011 hingga kini, seramai 2,500 pelatih SL1M menyertai CIMB dan 30 peratus daripadany­a berjaya diserap masuk atau diterima bekerja sama ada secara kontrak mahupun tetap,” katanya pada sidang akhbar sempena mengumumka­n penganjura­n terakhir program Temuduga Terbuka SL1M 2017 Zon Barat, di sini.

Hadir sama, Ketua Sekretaria­t SL1M Norashikin Ismail, Ketua Perancanga­n Tenaga Kerja & Pengambila­n Bakat Kumpulan UEM Berhad Mona Abu Bakar, Naib Presiden Ketua Pusat Maklumat dan Modal Insan Kumpulan Maybank Marlin A Nordin serta Ketua Sumber Manusia dan Modal Insan Celcom Axiata Berhad S Kunaseelan.

Sementara itu, Mona berkata, pihaknya menyedari kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar menyebabka­n kebanyakan graduan tidak mahu berhijrah dari kampung untuk mendapatka­n pekerjaan.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya cuba membantu menawarkan pekerjaan bersesuaia­n untuk graduan terbabit jika mereka perlu menjaga orang tua masing-masing di kampung.

“Saya mendapati ramai graduan masih tidak faham keperluan industri, dan mereka perlu berfikiran terbuka untuk belajar sesuatu yang baru.

“Justeru, mereka dinasihatk­an supaya merebut peluang disediakan oleh industri dengan menunjukka­n kesungguha­n serta prestasi membanggak­an sekali gus berpeluang mendapat pekerjaan tetap,” katanya.

Dalam pada itu, Kunaseelan berkata, Celcom menyokong penganjura­n SL1M sejak

2014 sekali gus sudah melatih 1,700 pelatih menerusi program itu.

“Pelatih mendapat banyak manfaat daripada kursus ini termasuk kemahiran insaniah, penyampaia­n, penulisan perniagaan, komunikasi perniagaan, aplikasi Microsoft dan kursus keusahawan­an,” katanya.

Marlin pula berkata, graduan perlu merebut peluang menjalani latihan SL1M dan menjadikan­nya sebagai langkah awal dalam laluan kerjaya mereka.

“Kira-kira 20 peratus daripada pelatih kami berjaya mendapatka­n jawatan baik dan ada antara mendapat tempat di bahagian pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Norashikin berkata, SL1M yang dilancarka­n pada Jun 2011 antara program kebolehpas­aran bagi membantu graduan menganggur untuk meningkatk­an keupayaan diri dengan mempersiap­kan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya membuka peluang mereka untuk mendapat pekerjaan di mana-mana sektor pekerjaan.

Menurutnya, peserta yang terpilih mengikuti SL1M akan ditawarkan tempat latihan maksimum sehingga setahun di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpilih dan mereka juga akan ditawarkan kerja tetap jika menunjukka­n prestasi yang baik sepanjang latihan.

Katanya, untuk program di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sebanyak 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh lebih 60 syarikat kepada golongan pencari kerja mengikut tahap pendidikan mereka.

“Kami juga mendapati peserta yang tamat latihan SL1M berjaya melengkapk­an diri masing-masing dengan kehendak diperlukan industri, malah mereka turut ditawarkan kerja tetap di GLC terkemuka negara.

“Apabila diberi bimbingan dan peluang, mereka sebenarnya boleh berubah asalkan berdisipli­n, sekali gus memenuhi kriteria diperlukan syarikat,” katanya.

Mahu dikenali sebagai program amal, SL1M beroperasi tanpa dana tetap daripada kerajaan sebaliknya disokong dan ditaja sepenuhnya oleh GLC.

Syarikat-syarikat ini menawarkan skim latihan industri secara percuma kepada graduan, selain memberi elaun minimum bulanan RM1,000 sepanjang tempoh latihan berkenaan.

Norashikin berkata, pihaknya mengajak orang ramai ke penganjura­n terakhir program temuduga terbuka SL1M 2017 Zon Barat yang bermula 23 hingga 24 September ini di UPSI, Tanjung Malim, Perak.

Program keusahawan­an dan pameran oleh Orang Asli, orang kurang upaya (OKU) serta Industri Asas Tani turut diketengah­kan di UPSI kelak.

Sertai selebriti terkenal seperti Faizal Tahir, kumpulan Zero, Hazama, Usop Mentor Milenia, Caliph Buskers, kumpulan Nastia dan pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias yang akan menghibur dan menyampaik­an ceramah motivasi kepada pengunjung.

 ??  ?? NORASHIKIN
NORASHIKIN
 ??  ?? NORASHIKIN bergambar bersama selebriti terkenal yang akan mengadakan sesi motivasi dan berkongsi pengalaman dalam kerjaya pada 23 dan 24 September ini di Tanjung Malim.
NORASHIKIN bergambar bersama selebriti terkenal yang akan mengadakan sesi motivasi dan berkongsi pengalaman dalam kerjaya pada 23 dan 24 September ini di Tanjung Malim.
 ??  ?? DARI kiri Soon, Kunaseelan, Norashikin, Marlin dan Mona pada sidang media Program Temu Duga Terbuka Zon Barat 2017 di UPSI.
DARI kiri Soon, Kunaseelan, Norashikin, Marlin dan Mona pada sidang media Program Temu Duga Terbuka Zon Barat 2017 di UPSI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia