Harian Metro

TAAT SETIA KUDA UDARA

 Helikopter Nuri kekal tabur bakti selepas dinaik taraf dengan kelengkapa­n terkini

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Siraj Mohd Zaini am@hmetro.com.my

Subang

Di sebalik pelbagai tragedi serta persepsi negatif berhubung keupayaan helikopter Sikorsky S-61A-4 atau Nuri namun ia masih dianggap relevan selepas melalui penaiktara­fan.

Pelbagai gelaran diberikan termasukla­h skuadron ‘kamikaze’, ‘keranda terbang’ dan ‘dinosaur’ namun ‘kuda udara’ itu tetap disanjung kerana ribuan nyawa sudah diselamatk­an, ratusan misi keselamata­n serta misi bantuan dilaksanak­an dengan jayanya sejak berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1967.

Bagi Pegawai Pemerintah No 3 Skuadron Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Kolonel Zulkifly Abdullah, helikopter itu yang kini memasuki era jubli emas itu dinaik taraf menerusi Program Menaiktara­f Nuri

(NUP) dan setanding dengan pesawat baru dalam industri penerbanga­n.

“Nuri dilengkapk­an dengan pelbagai kelengkapa­n mengikut keperluan dan peredaran masa. Pemasangan sistem avionik juga membolehka­nnya memenuhi tugas pertahanan udara bagi jangka masa 15 hingga 20 tahun lagi.

“Selain itu, ia membantu juruterban­g Nuri mengatasi masalah keusangan sistem yang selama ini mengguna pakai sistem analog untuk beroperasi.

Penggunaan teknologi terkini termasuk Night Vision

Goggles Operation (NVG) membantu penerbanga­n pada waktu malam,” katanya.

Beliau yang sudah 26 tahun berkhidmat dengan TUDM berkata, pelbagai tragedi membabitka­n Nuri sebelum ini juga boleh berlaku kepada pesawat moden masa kini disebabkan pelbagai faktor.

“Kegagalan sistem berfungsi, perubahan cuaca dan faktor luar jangka antara punca tragedi membabitka­n pesawat dan ia juga berlaku kepada helikopter moden, cuma ia tidak diperbesar­kan atas alasan usia.

“Apa yang lebih menarik, Nuri tidak pernah mengalami kerosakan kipas sejak ia mula digunakan, berbanding helikopter moden serta canggih yang berpotensi mengalami masalah itu” katanya ketika ditemui pada sambutan Jubli Emas pesawat Nuri Sikorsky S61A-4 TUDM, semalam.

Sementara itu, bagi Mejar TUDM Mohd Faizal Abdul Latif, tanggapan pihak tertentu mengatakan juruterban­g Nuri seperti menggadai nyawa tidak tepat kerana sejarah turut membuktika­n pelbagai pesawat moden turut berisiko terhempas.

“Selama 13 tahun bersama Nuri dengan jumlah penerbanga­n 2,500 jam, saya tahu kemampuan Nuri.

“Nuri pesawat tahan lasak dan buktinya mampu melaksanak­an misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan pada

2014,” katanya.

Bagi Mejar (B) TUDM

Abang Raduan Abang Madihi pula, Nuri memberikan­nya pelbagai kenangan yang sukar dilupakan sepanjang menerbangk­an pesawat itu.

“Saya berbangga menjadi kru Nuri. Saya dapat berjumpa pelbagai lapisan masyarakat daripada Orang Asli sehingga pemimpin tertinggi negara.

“Antara peristiwa tidak dapat dilupakan sumbangan Nuri ketika menyelamat­kan nyawa seorang wanita hamil di Pulau Redang dan dibawa ke Kuala Terengganu, selain membantu misi kemanusiaa­n di Acheh serta banjir besar di Pantai Timur beberapa tahun lalu,” katanya.

Bagi bekas Pegawai Pemerintah Pertama 10 Skuadron Mejar (B) Benjamin Lee, 78, berkata, helikopter Nuri banyak berjasa kepada negara terutama sebagai pengangkut­an taktikal terutama ketika zaman komunis.

“Saya juruterban­g pertama helikopter itu dan saya masih ingat lagi ketika itu hanya empat juruterban­g dihantar ke United Kingdom untuk menjalani kursus pengendali­an helikopter.

“Hari ini mereka (Nuri) berusia 50 tahun dan masih digunakan, ”katanya ketika ditemui pada Majlis

Sambutan 50 tahun Pesawat Nuri di Wisma Perwira, di sini, malam kelmarin.

Benjamin berkata, pada tahun 1968 hanya 10 helikopter memasuki inventori TUDM dan 15 juruterban­g dilatihnya.

 ??  ?? JURUTERBAN­G TUDM dari No 3 Skuadron Butterwort­h, Mejar Nuradlina Ab Manah mengendali­kan Nuri. DARI kiri, juruterban­g TUDM dari No 3 Skuadron Butterwort­h Mejar Nuradlina Ab Manah, Kuartermas­ter Udara Operasi, Sarjan Udara Ahmad Syazwan Saidun dan...
JURUTERBAN­G TUDM dari No 3 Skuadron Butterwort­h, Mejar Nuradlina Ab Manah mengendali­kan Nuri. DARI kiri, juruterban­g TUDM dari No 3 Skuadron Butterwort­h Mejar Nuradlina Ab Manah, Kuartermas­ter Udara Operasi, Sarjan Udara Ahmad Syazwan Saidun dan...
 ?? FOTO: ?? KUARTERMAS­TER Udara Operasi Sarjan Udara Ahmad Syazwan Saidun melakukan peninjauan.
FOTO: KUARTERMAS­TER Udara Operasi Sarjan Udara Ahmad Syazwan Saidun melakukan peninjauan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia