Harian Metro

Bantu ibu tunggal

-

Kuala Lumpur: Pelakon Raja Ilya tampil menghulurk­an bantuan kepada seorang ibu tunggal di Ipoh, Perak ketika sibuk menjalani penggambar­an program berbentuk majalah terbitan Dark Wave Pictures Sdn Bhd.

Pelakon berusia 32 tahun itu menunjukka­n sifat terpuji dengan membantu wanita bernama Jamila Mohd Kassim, 62, yang juga dikenali sebagai Makcik Jamila selepas melihat kehidupann­ya yang serba kekurangan.

Raja Ilya berkata, dia terpanggil untuk membantu warga emas itu ketika menemuinya berjalan seorang diri untuk pulang ke rumah.

“Saya tidak sampai hati lalu berhenti untuk tumpangkan­nya. Dalam perjalanan menghantar Makcik

>>Hazama melakukan penyamaran pada 9 September lalu selepas merancang selama dua minggu

Jamila pulang ke rumah, dia memberitah­u dia menjual acar di kaki jalan setiap hari di Bandaraya Ipoh dengan menaiki bas.

“Melihat pendapatan makcik Jamila yang terlalu rendah, saya berhajat membantuny­a,” kata Ilya.

Menurut Raja Ilya, selain mempromosi­kan acar makcik Jamila di laman sosial miliknya, dia juga berjaya mendapatka­n pekerjaan untuk puteri bongsu wanita itu.

Usaha murni pelakon yang dikenali menerusi drama Syurgaku Tak Sempurna itu turut mendapat perhatian penerbit Dark Wave Pictures Sdn Bhd, Datuk Rafiena Ezanee apabila mengunjung­i rumah ibu tunggal itu, malam kelmarin.

 ??  ?? RAJA Ilya
RAJA Ilya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia