Harian Metro

Ezlynn, suami lantik hakam

-

Kuala Lumpur: Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin masing-masing melantik bapa kandung dan rakan baik sebagai wakil di peringkat timbang tara (hakam) dalam kes perceraian mereka.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif melantik bapanya, Ariffin Alang Ahmad, 68, sebagai wakil manakala Adam pula melantik Fazrul Rizal Abdul Ghani, 41.

Hakam adalah satu proses yang diperuntuk­kan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1984 di mana mahkamah mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak terbabit untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri itu.

Terdahulu pada awal prosiding, ketika disoal Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed adakah kedua-dua pihak masih ingin meneruskan kes ke peringkat hakam, Ezlynn menjawab: “Kalau boleh saya ingin selesaikan hari ini juga.”

Selepas menerangka­n peranan hakam kepada wakil yang dilantik, Mohamed Hizwan kemudian menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendengar pembentang­an laporan kedua-dua hakam.

Pada 22 Ogos lalu, mahkamah membubarka­n Jawatankua­sa Pendamai (JKP) pasangan itu berhubung kes perceraian mereka selepas membenarka­n permohonan Ezlynn yang memohon kes cerai itu didengar ke peringkat hakam.

Kedua-dua pihak yang sebelum ini diarah sesi Jawatankua­sa Pendamai (JKP) berkahwin pada 20 November 2011.

Pada 20 April lalu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai cara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur 1984.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia