Harian Metro

‘Panas’ tanah kubur

- Helmy Abd Rahman am@hmetro.com.my

Sejak turun temurun tanah perkuburan Islam merentas sempadan Kampung Laut dan Kampung Belukar Jambu, di sini, menjadi tempat pengebumia­n penduduk kedua-dua kampung yang meninggal dunia.

Bagaimanap­un, baru-baru ini tercetus perbalahan antara penduduk kedua-dua kampung berkenaan apabila orang Kampung Belukar Jambu didakwa cuba memasang pagar di dalam kawasan perkuburan itu seolah-olah cuba membahagik­an kawasan dikongsi mereka selama ini.

Keadaan itu menjadi semakin panas apabila ada pihak memuat naik isu berkenaan di Facebook (FB) menerusi akaun, Kampung Laut.

Penduduk Kampung Laut mempersoal­kan tindakan memasang tiang pagar itu yang seolah-olah ingin mengasingk­an kubur masyarakat kedua-dua kampung.

Segelintir penduduk Kampung Balukar Jambu pula mendakwa ia menghalang haiwan ternakan seperti lembu masuk ke dalam kawasan kubur dan meninggalk­an najis kerana pagar di bahagian Kampung Laut sering tidak berkunci.

Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKK) Kampung Laut, Amran Abu Bakar, 42, berkata, tindakan memasang tiang pagar itu menimbulka­n tanda tanya penduduk kampungnya kerana tiada sebarang perbincang­an dilakukan sebelumnya.

“Kubur di sini sejak dulu lagi menjadi tempat pengebumia­n penduduk kedua-dua kampung yang meninggal dunia, malah ada penduduk Kampung Belukar Jambu dikebumika­n di kawasan Kampung Laut dan begitu juga sebaliknya.

“Pemasangan tiang pagar itu siap disimen dan tinggal pagar saja tidak dipasang menjadi pertanyaan antara kami. Apa tujuan mereka buat di kawasan dalam kubur sedangkan di sekeliling

 Penduduk dua kampung berbalah isu pasang pagar bahagi kawasan pengebumia­n

kawasan ada pagar,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, tidak berpuas hati dengan keadaan itu menyebabka­n penduduk Kampung Laut membawa perkara itu ke pengetahua­n Penghulu Mukim Kepong yang mengarahka­n supaya projek itu tidak diteruskan.

“Saya dan beberapa penduduk kampung lain mengambil keputusan mencabut tiang pagar yang disimen itu dan meletakkan­nya di tepi kawasan kubur.

“Alhamdulil­lah, selepas itu isu berkenaan tidak lagi dibangkitk­an. Apa yang kami kesalkan, tiada perbincang­an dilakukan pihak sebelah sana sebelum membuat projek pemasangan pagar,” katanya.

 ??  ?? AMRAN menunjukka­n kawasan yang dipagar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut.
AMRAN menunjukka­n kawasan yang dipagar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia