Harian Metro

HRW desak beri lebih tekanan kepada Myanmar

-

Yangon: Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) mendesak pemimpin dunia memberikan lebih tekanan kepada Myanmar dengan mengenakan pelbagai sekatan ke atas tenteranya yang mendalangi pengusiran lebih 400,000 etnik Islam Rohingya dalam kempen pembersiha­n etnik yang dirancang mereka.

Desakan itu dibuat HRW sempena Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York yang menjadikan krisis di Myanmar itu sebagai satu topik penting.

Pengarah Advokasi HRW John Sifton berkata, pihaknya menggesa pemimpin seluruh dunia menghukum tentera Myanmar dengan sekatan itu bagi membayar semula kekejaman yang mereka lakukan kepada etnik Rohingya.

“Majlis Keselamata­n PBB dan negara berkaitan perlu mengenakan sekatan dan gencatan senjata ke atas tentera Burma untuk menamatkan kempen pembersiha­n etnik terhadap Rohingya.

“Pada masa sama, sekatan perjalanan dan pembekuan aset perlu dikenakan kepada pegawai tentera Myanmar yang terbabit dalam penyalahgu­naan kuasa.

“Komander kanan tentera pasti tergugat dengan tekanan diberikan masyarakat dunia,” katanya.

Sementara itu bercakap kepada BBC pada Ahad lalu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memanggil pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sebagai peluang terakhir bagi menghentik­an krisis itu.

“Sehingga kini, kerajaanny­a mempertaha­nkan kempen ketenteraa­n mereka sebagai tindakan balas sah terhadap siri serangan militan Rohingya.

“Mereka yang melarikan diri dari kampung itu pergi ke negara lain kerana takut ditahan dan dikaitkan dalam serangan ganas itu.

“Perlindung­an undang-undang diberikan kepada kampung yang pendudukny­a tidak melarikan diri,” katanya-AFP

 ??  ?? SUU Kyi
SUU Kyi
 ?? Antonio Guterres ?? Sehingga kini, kerajaanny­a mempertaha­nkan kempen ketenteraa­n mereka sebagai tindakan balas sah terhadap siri serangan militan Rohingya”
Antonio Guterres Sehingga kini, kerajaanny­a mempertaha­nkan kempen ketenteraa­n mereka sebagai tindakan balas sah terhadap siri serangan militan Rohingya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia