Harian Metro

Rumah RM35,000

- BERNAMA

 Inisiatif kerajaan bantu rakyat termasuk golongan kurang berkemampu­an miliki kediaman sendiri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap rakyat termasuk golongan kurang berkemampu­an memiliki kediaman sendiri.

Menurut beliau, setakat ini, 83,759 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) disiapkan di seluruh negara untuk golongan kurang berkemampu­an manakala 25,000 unit lagi dalam peringkat pelaksanaa­n dan dijangka siap sebelum 2020 dengan keseluruha­n projek menelan peruntukan RM6 bilion.

Selain itu, katanya, kerajaan mengambil inisiatif membina rumah PPR yang mengandung­i nilai subsidi terbesar untuk rakyat, contohnya PPR Sri Aman di Jinjang, di sini, yang dijual pada harga RM35,000 walaupun kos asalnya sekitar RM150,000 seunit.

“Jika dilihat, harga pasaran untuk PPR Sri Aman dalam lingkungan RM200,000 seunit, namun kerajaan menawarkan dengan harga RM35,000 kepada rakyat.

“Ia sebenarnya turut menambah kekayaan aset kepada rakyat kerana nilainya meningkat pada masa akan datang, malah ia juga menjadi harta pusaka kepada keluarga,” katanya ketika merasmikan PPR Sri Aman, Jinjang dan melancarka­n Perumahan Transit Belia, di sini, semalam.

Turut hadir, bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Perumahan dan Kesejahter­aan Bandar, Tan Sri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Iktisas Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan turut prihatin terhadap kebajikan golongan belia apabila menyediaka­n perumahan transit belia sehingga mereka mampu membeli rumah sendiri yang baik.

“Pendekatan perumahan transit belia ini membabitka­n kerjasama pihak swasta dan kerajaan dalam membantu golongan belia menyewa rumah di samping menabung bagi membeli rumah impian mereka,” katanya.

Setakat ini katanya, 2,010 unit perumahan transit belia yang disewakan kepada golongan itu dengan sewa bulanan RM500.

“Daripada jumlah sewa bulanan sebanyak RM500 yang dikenakan kepada mereka, sebanyak RM250 adalah tabungan setiap bulan selama lima tahun yang bila dikumpulka­n akan dapat sebanyak RM15,000 sebagai deposit untuk membeli kediaman baharu. Itu yang kita usahakan sebagai kerajaan,” katanya.

lebih

 ??  ?? NAJIB melihat model perumahan selepas merasmikan PPR Sri Aman, Jinjang dan melancarka­n Perumahan Transit Belia, semalam.
NAJIB melihat model perumahan selepas merasmikan PPR Sri Aman, Jinjang dan melancarka­n Perumahan Transit Belia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia