Harian Metro

Jiwa nelayan

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Kehidupan sebagai nelayan sudah sebati dengan jiwanya, malah Rahim Che Dah, 57, tidak pernah ‘berjauhan’ dengan laut biarpun dia kini tidak sempurna seperti zaman mudanya.

Tragedi disengat ikan sembilang, lima tahun lalu menyebabka­n dia menanggung akibatnya sehingga kaki kiri terpaksa dipotong, sekali gus menjadikan dia orang kurang upaya (OKU).

Kaki bapa lapan anak itu dipotong hingga ke paras betis tahun lalu kerana bisa ikan sembilang (ketika disengat pada 2012) semakin melumpuhka­n saraf kaki kirinya.

Memasuki tahun kedua hidup tanpa kaki kiri, Rahim berkata, dia sudah boleh membiasaka­n diri, namun tetap rindukan laut dan kerap

turun menangkap ikan ditemani anak keenamnya, Zaidi Rahim, 27.

“Jika dulu, turun saja dari tangga jeti, saya akan leraikan ikatan dan bersedia kendalikan bot fiber untuk keluar dari muara. Namun, sekarang dengan keadaan kaki yang hilang sebelah, saya terpaksa mengesot atau merangkak untuk naik ke bot.

“Tugas kendalikan bot keluar dari muara sukar dilakukan seorang diri tanpa bantuan anak kerana keadaan diri yang tidak sempurna. Tapi untuk meninggalk­an kerja nelayan ini, tidak semudah itu kerana ia sudah sebati dengan saya.

“Jika kesihatan baik, memang saya akan ke laut, takkan tinggal walaupun saya menjadi nelayan yang tidak seperti orang lain,” katanya di Jeti Nelayan Kampung Sabak, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Mengimbas kejadian disengat ikan sembilang, Rahim berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6 pagi ketika dia turun dari jeti untuk ke botnya bersama rakan bagi menangkap ikan.

Katanya, dia menyedari kakinya disengat, namun sengatan itu tidak begitu menyakitka­n dan dia terus ke laut dan pulang pada 3 petang.

“Ketika kena sengat, memang tak rasa sakit sangat, hanya empat jam kemudian baru saya merasa sengal dan tidak selesa di kaki. Tiba di jeti, tapak kaki rasa kebas dan terus ke hospital, diberi ubat tahan sakit.

“Tiga tahun saya bergantung ubat tahan sakit kerana sengal datang sekali sekala,

 ??  ?? RAHIM menunjukka­n kaki kirinya yang dipotong akibat terkena sengatan ikan sembilang dua tahun lalu.
RAHIM menunjukka­n kaki kirinya yang dipotong akibat terkena sengatan ikan sembilang dua tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia