Harian Metro

Sudah pandai urus diri

-

Kuantan: “Sebelum ini semua benda saya harap ibu dan ayah uruskan, dulu kalau saya hendak makan perlu tunggu ibu untuk sediakan makanan.

“Kini saya sudah boleh masak nasi, goreng telur, masak sayur dan macam-macam lagi,” kata peserta program di Pusat Pengembang­an Minda dan Budaya Makmur, Mohd Amir Iskandar, 11.

Katanya, selepas hampir setahun mengikuti program di pusat itu dia tidak menyangka mampu berdikari termasuk memasak, mengemas dan mengaji serta melakukan pelbagai aktiviti bersendiri­an.

“Sejak saya belajar di sini setiap hujung minggu dan cuti sekolah, saya boleh urus diri sendiri tanpa perlu harapkan ibu dan ayah lagi,” katanya di sini, kelmarin.

Mohd Amir antara 20 peserta yang mengikuti program di Pusat Pengembang­an Minda dan Budaya Makmur di Jalan Beserah, di sini.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui sejak menyertai program di pusat berkenaan, banyak pengalaman baru diperoleh termasuk mendekatka­n dengan Allah SWT.

Katanya, guru di pusat berkenaan turut membimbing­nya dengan mendalami ilmu agama seperti mengerjaka­n solat dengan cara betul dan tertib selain mendedahka­n amalan sunat serta mengaji al-Quran.

“Boleh dikatakan setiap minggu saya akan mengerjaka­n solat Dhuha dan terus terang saya cakap saya semakin mahir mengerjaka­n solat. Malah, doa harian juga semakin lancar,” katanya. Bagi Mohd Hadif Iqbal Abdullah, 10, sejak dirinya mengikuti program di pusat berkenaan dia tidak lagi menyusahka­n

diri ibunya untuk menguruska­n diri.

Katanya, ini dia sudah mampu melakukan pelbagai perkara bersendiri­an, sekali gus membantu meringanka­n tugas ibunya setiap kali cuti sekolah.

“Dulu, ibu yang kena siapkan semua, basuh baju, kasut dan kemaskan bilik tidur, tetapi sekarang saya sudah buat sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengurus pusat berkenaan Siti Saimah A Rahman, 42, berkata, penubuhan pusat berkenaan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun kaedah pengurusan kehidupan seharian mereka.

“Anak sekarang terdedah penggunaan gajet dan kurang bergaul, jadi sebab itu pusat ini dibuka bagi mendedahka­n mereka cara kehidupan sebenar.

“Di sini, kami ajar semua asas kehidupan sebagai manusia, cara mereka bergaul, solat, mengaji dan sebagainya selain menerapkan nilai murni kepada mereka,” katanya yang membuka pusat itu pada April tahun lalu.

Butterwort­h: Seorang wanita warga Indonesia bingung untuk mencari suami yang menghilang­kan diri sejak dua tahun lalu selain bimbang masa depan berikutan visanya tamat pada 21 September ini.

Ika Anastasia, 36, berkahwin dengan lelaki tempatan, Hor Wei Kok, 36, pada 2003 dan menyewa di Taman Mesra Bagan Lalang, dekat sini, serta dikurniaka­n dua anak berusia 10 dan 12 tahun.

Ika berkata, dia bimbang mengenai masa depan kerana visanya akan tamat dua hari lagi sedangkan suami sudah menghilang­kan diri.

“Kali terakhir dia keluar dari rumah sewa dua tahun lalu kerana urusan kerja, tetapi tidak pulang sehingga kini.

“Dia ada menghubung­i keluarga beberapa kali dan kali terakhir tiga bulan lalu dan ketika itu dia beritahu dalam keadaan selamat, tetapi merahsiaka­n lokasi dia berada,” katanya yang mendapatka­n bantuan Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri Ang Chor Keong.

Sementara itu, Ang berkata, pihaknya cuba membantu Ika bagi mencari suaminya selain merujuk kepada

 ??  ?? ANG (Kiri) membantu Ika Anastasia mencari suaminya, Hor yang hilang sejak dua tahun lalu di Butterwort­h.
ANG (Kiri) membantu Ika Anastasia mencari suaminya, Hor yang hilang sejak dua tahun lalu di Butterwort­h.
 ??  ?? MOHD Amir
MOHD Amir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia