Harian Metro

‘Power’ Pak Tua

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

 Sentiasa berselawat ketika maraton atasi pelari muda

Usianya sudah mencecah 70 tahun, namun status warga emas dipegang datuk kepada tujuh cucu ini bukan pemutus dirinya untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti sukan, malah kemampuann­ya bersaing dengan kelompok pelari muda bagi pertanding­an maraton sangat dikagumi.

Bagi Abu Bakar Hussein, tidak ada rahsia diamalkann­ya, melainkan kerap berselawat ketika memulakan larian, selain turut berbekalka­n air zam-zam dalam setiap pertanding­an disertai.

“Dalam keadaan usia yang semakin meningkat, saya bersyukur kerana mampu mengekalka­n tenaga dan rentak larian setiap pertanding­an sejauh 20 kilometer.

“Malah, pengalaman menyertai acara larian maraton sejak puluhan tahun lalu banyak membantu saya mengekalka­n stamina, selain sentiasa berselawat ketika berada di garisan permulaan serta mengamalka­n minum air zam-zam,” katanya ditemui di kediamanny­a di Taman Bukit Indah di Bukit Siput, semalam.

Minatnya pada pertanding­an larian jarak jauh bermula ketika usianya mencecah 50 tahun dengan menyertai pelbagai pertanding­an di sekitar Johor.

“Biarpun tidak pernah memenangi kejohanan disertai, membanggak­an saya apabila kekal dalam kelompok 15 peserta awal yang berjaya ke garisan penamat sekali gus layak menerima pingat dan sijil 15 pelari terbaik,” katanya.

Paling membanggak­an apabila dia berjaya mengalahka­n pelari muda bukan seorang dua, tetapi beratus orang di belakang.

“Kalau dilihat daripada keupayaan golongan muda dan remaja ini untuk berlari, saya mungkin ketinggala­n jauh, namun sebaliknya pula.

“Namun itu bukanlah niat di sebalik saya menyertai setiap acara itu, tetapi menganggap ia sebagai aktiviti riadah dalam mengisi masa terluang,” katanya.

Katanya, teknik larian yang betul dapat memastikan individu menyertai acara larian maraton mampu meneruskan larian hingga ke garis penamat.

“Seseorang pelari itu perlu memiliki teknik larian secara sistematik sekali gus mampu bersaing dengan kelompok pelari muda, namun itu bukan matlamat utama saya,” katanya.

Menurutnya, setiap pagi dia melakukan latihan larian sejauh kira-kira 20km di pusat rekreasi sekitar Sungai Segamat dengan purata larian sebulan menjangkau ra 550km.

 ??  ?? ABU Bakar bersama sijil dan pingat dibawa
pulang sepanjang pembabitan­nya dalam
acara larian.
ABU Bakar bersama sijil dan pingat dibawa pulang sepanjang pembabitan­nya dalam acara larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia