Harian Metro

Penduduk dakwa syarikat ceroboh kawasan tanaman

-

Kota Bharu: Penceroboh­an tanah oleh sebuah syarikat dipercayai milik seorang ahli politik yang menanam bunga matahari sejak sebulan lalu menimbulka­n masalah kepada 40 keluarga di Kampung Keladang, Salor.

Tanah rizab sungai seluas 16 hektar itu sebelum ini diusahakan penduduk lebih 40 tahun lalu dengan tanaman jagung, ubi dan kacang.

Namun sejak sebulan lalu, Penghulu Mukim Keladang Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, Noor Azwan Che Hashim berkata, sebuah syarikat dipercayai milik ahli politik menceroboh tanah berkenaan dan kini mereka sudah mengambil alih tanah seluas 0.8 hektar dengan tanaman bunga matahari.

“Penceroboh­an itu memberi masalah apabila beberapa penduduk tidak dapat meneruskan tanaman dan mereka hilang punca pendapatan bagi menyara keluarga.

“Kita minta kerajaan negeri campur tangan untuk menyelesai­kan masalah ini bagi membolehka­n penduduk meneruskan tanaman mereka,” katanya ketika ditemui selepas membuat demonstras­i aman bagi menggesa syarikat terbabit tidak meneruskan tanaman di Kampung Keladang, Salor, semalam.

Penduduk, Aminah Deraman, 70, berkata, penduduk kesal kerana syarikat berkenaan mengambil tanah penduduk tanpa memaklumka­n terlebih dahulu.

Katanya, walaupun ia tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tetapi penduduk sudah meneroka lebih 40 tahun yang lalu dengan pelbagai tanaman.

“Kami risau sekiranya syarikat itu mengambil lebih banyak tanah di kawasan ini kerana akan memberi masalah kepada penduduk apabila tidak dapat meneruskan usaha bercucuk tanam,” katanya.

 ??  ?? ANTARA penduduk yang membuat demonstras­i aman selepas tanah diusahakan diceroboh sebuah syarikat dipercayai milik seorang ahli politik yang menanam pokok bunga matahari sejak sebulan lalu di Kampung Keladang.
ANTARA penduduk yang membuat demonstras­i aman selepas tanah diusahakan diceroboh sebuah syarikat dipercayai milik seorang ahli politik yang menanam pokok bunga matahari sejak sebulan lalu di Kampung Keladang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia