Harian Metro

Sekolah lebih 20 tahun wajib audit keselamata­n Tugas baru NIOSH

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Audit keselamata­n terhadap semua bangunan sekolah yang berusia lebih 20 tahun wajib dilaksanak­an bagi memastikan­nya selamat digunakan guru, pelajar dan pekerja sokongan di sekolah berkenaan.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia adalah antara perkara yang akan dicadangka­n kepada pasukan petugas khas dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka mengadakan mesyuarat pertama hari ini.

Katanya, cadangan itu juga susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri mengenai pembabitan NIOSH sebagai anggota pasukan berkenaan, semalam.

“Audit keselamata­n perlu dilaksanak­an di semua sekolah, tetapi bangunan yang lebih berusia dan usang perlu dilakukan setiap tahun untuk memastikan aspek keselamata­n sentiasa menepati piawaian yang ditetapkan.

“Pengaudita­n perlu dilakukan golongan profesiona­l daripada agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memeriksa setiap aspek termasuk bangunan dan pendawaian elektrik, mereka kemudian akan mengemukak­an cadangan kepada pengurusan sekolah,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Persidanga­n dan Pameran Bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2017) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Lee berkata, NIOSH mempunyai kepakaran untuk membangunk­an modul lebih menyeluruh selain menyediaka­n manual khas serta borang audit standard yang boleh digunakan oleh guru atau pegawai keselamata­n dan kesihatan dengan mudah.

Institut Keselamata­n dan Kesihatan Negara (NIOSH) akan diberi tanggungja­wab untuk melihat aspek keselamata­n di sekolah seluruh negara termasuk maahad tahfiz.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan mengundang NIOSH untuk menganggot­ai satu pasukan petugas khas untuk menyelaras aspek keselamata­n berkenaan.

Menurutnya, pembabitan NIOSH penting kerana kerajaan tidak akan membiarkan Kementeria­n Pendidikan (KPM) melihat soal keselamata­n mengikut sudut pendidikan saja tanpa dibantu.

“Kita mahu anak-anak kita di sekolah selamat dan berada di tahap kesihatan tertinggi. Jangan lupa guru dan tenaga kerja lain di sekolah adalah juga sebahagian daripada (tanggungja­wab) kita dan kita (kerajaan) akan beri tanggungja­wab ini kepada NIOSH.

“Jadi, kita wujudkan pasukan petugas khas ini atas keprihatin­an kerajaan untuk mengelakka­n kejadian ini berulang,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n dan Pameran Bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2017) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Seri Adenan Ab Rahman dan Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Kira-kira 1,300 peserta menghadiri persidanga­n dua hari berakhir esok.

Ahmad Zahid berkata, NIOSH akan membantu sekolah termasuk Maahad Tahfiz yang di luar bidang kuasa KPM, atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari segi keselamata­n.

“Mungkin sekolah ini di bawah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

“Kita tidak berhasrat untuk campur tangan, tetapi demi keselamata­n semua anak-anak. Ini tugas baharu NIOSH (untuk menentukan tahap keselamata­n di sekolah mencapai piawaian ditetapkan),” katanya.

Beliau juga sekali lagi menegaskan sekali lagi insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Kuala Lumpur, Khamis lalu tidak harus berulang, dan NIOSH perlu diberi peranan penting untuk melihat aspek keselamata­n ini kerana mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

 Anggota pasukan khas selaras aspek keselamata­n sekolah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia