Harian Metro

Haji bersendira­n

-

Disebabkan batuknya bertambah teruk, saya bawa dia ke hospital semula,” katanya.

Zainon berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan wakil Lembaga Tabung Haji (TH) di rumahnya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, di sini, semalam.

Menurutnya, Allahyarha­m suaminya mengalami batuk teruk dan suhu badannya naik pada 25 Ogos lalu sebelum ditahan di hospital selama dua hari.

“Pada waktu itu kami dijadualka­n ke Arafah dan saya tidak dibenarkan menangguhk­an perjalanan lalu terpaksa meninggalk­an suami di hospital. Doktor ada beritahu mereka akan menghantar suami ke Arafah jika keadaannya kembali sihat.

“Dalam masa sama, emak saya juga dimasukkan ke hospital selepas mengalami kekejangan kedua-dua kaki dan suhu badan mencecah 40 darjah selsius. Doktor pesan kepada saya tinggalkan ihram perempuan dan waktu itu, saya sangka emak dalam situasi buruk kerana doktor terpaksa memandikan­nya dengan ais, tambahan pula cuaca di sana (Makkah) amat panas,” katanya.

Menurut Zainon, dia tidak menyangka pihak hospital benar-benar menghantar suaminya ke Arafah pada 31 Ogos lalu, namun tidak bertemu kerana jemaah lain tidak tahu di mana khemah tempat dia berada.

“Jemaah yang ada bersama arwah suami saya dikenali sejak kami sama-sama di hotel lagi. Mereka beritahu suami mahu jumpa saya dan emak saya. Waktu itu suami saya batuk secara tiba-tiba ketika hendak mengambil wuduk sebelum suami terpaksa dihantar ke bahagian kecemasan di Arafah,” kata Zainon.

Menurutnya, dia hanya sempat melihat wajah suaminya buat kali terakhir dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Katanya, walaupun sedih dan terdetik dalam hati mengapa suami meninggalk­annya seorang diri, dia perlu reda dengan pemergian arwah selepas menatap wajahnya buat kali terakhir.

 ?? Zainon Saad ?? ZAINON menunjukka­n gambar arwah suaminya Wahid Sagap yang meninggal dunia di Makkah. Saya perlu reda dengan pemergian arwah selepas menatap wajahnya buat kali terakhir”
Zainon Saad ZAINON menunjukka­n gambar arwah suaminya Wahid Sagap yang meninggal dunia di Makkah. Saya perlu reda dengan pemergian arwah selepas menatap wajahnya buat kali terakhir”
 ??  ?? MOHAMAD Aziz (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Zainon.
MOHAMAD Aziz (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Zainon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia