Harian Metro

Ibu benar-benar tak pulang Malaysia

-

Shah Alam: “Arwah berulang kali bercakap tidak mahu pulang ke tanah air, tak sangka ia menjadi kenyataan, namun saya reda dengan pemergiann­ya,” kata Jasliza Begum Muhammad Nasir, 25.

Dia adalah anak kepada jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah, pada 6 September lalu.

Ibunya Jante Biby Mohd Shariff, 67, yang tinggal di Tanah Rata, Cameron Highlands meninggal dunia kira-kira jam 2 petang waktu Arab Saudi akibat jangkitan kuman.

Jasliza ketika ditemui di kediamanny­a, di sini, berkata, ibunya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun kelihatan cukup teruja ketika hendak menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Sebelum ini, sudah tiga tahun arwah tidak dapat pergi disebabkan pelbagai

halangan dan tahun ini dia kelihatan sangat bersemanga­t untuk ke sana.

“Saya bersyukur kerana arwah meninggal dunia selepas menunaikan semua ibadat di dalam rukun haji,” katanya sebak.

Katanya, dia sekeluarga bercadang menziarahi kubur ibunya di Makkah pada hujung tahun ini.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahka­n wang insurans dan sumbangan takaful khairat kematian kepada Jasliza yang disampaika­n Ketua Pegawai Operasinya Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Menurut Adi Azuan, Allahyarha­m ke Tanah Suci pada 1 Ogos lalu dan dijadual pulang 28 September ini.

“Jenazahnya sudah diuruskan oleh petugas TH dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Syara’ie pada 7 September lalu.

“TH berharap seluruh keluarga Allahyarha­m diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

 ??  ?? ADI Azuan (kanan) menyampaik­an khairat kematian kepada Jasliza.
ADI Azuan (kanan) menyampaik­an khairat kematian kepada Jasliza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia