Harian Metro

Hujan lebat diramal lebih kerap

-

Kuala Lumpur: Fenomena ribut petir dan hujan lebat diramal lebih kerap berlaku terutama waktu petang dan senja di pantai barat Semenanjun­g pada fasa peralihan monsun bermula hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (JMM) Alui Bahari berkata, ribut petir dan hujan lebat boleh menyebabka­n banjir kilat.

“Ketika ini, negara masih berada di penghujung Monsun Barat Daya (MBD). MBD dijangka berakhir minggu terakhir September.

“Pada masa ini juga, berlaku penumpuan angin di kawasan negara kita menyebabka­n cuaca di seluruh negara agak lembap tetapi hanya untuk tempoh sementara,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, JMM yang beroperasi 24 jam sememangny­a sentiasa melakukan pemantauan cuaca dan akan mengeluark­an amaran hujan lebat sekiranya keadaan memerlukan.

“Orang awam dinasihatk­an sentiasa bersedia dari semasa ke semasa dan hendaklah mendapatka­n maklumat sahih daripada laman sesawang JMM iaitu www.met.gov.my.

“Maklumat cuaca juga boleh didapati menerusi aplikasi mobil myCuaca, laman facebook: malaysiame­t, twitter: @malaysianm­et atau MetMalaysi­a Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638),” katanya.

Menerusi laman sesawang JMM, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang berlaku di Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah, di Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Klang dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian) dan Sabah (Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar, Sandakan dan Tawau).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia