Harian Metro

Spekulasi tamat

- Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

 Shaharuddi­n Khalid Ketua Pengarah JPJ baru

Spekulasi mengenai siapa penyandang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) baru selesai apabila Datuk Shaharuddi­n Khalid dilantik memegang jawatan berkenaan berkuat kuasa semalam.

Shaharuddi­n, 57, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penasihat Eksekutif, Pejabat Penasihat Undang-Undang Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggantik­an Datuk Seri Nadzri Siron yang menerajui jabatan itu sejak 16 Jun tahun lalu.

Nadzri kini bertukar ke Kementeria­n Sumber Manusia sebagai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, namun pertukaran itu hanya diketahui semalam memandangk­an tiada kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Shaharuddi­n tiba di Ibu Pejabat JPJ jam 8 pagi semalam untuk memulakan tugas disambut pegawai dan kakitangan jabatan itu menerusi majlis ringkas yang diadakan di lobi Kementeria­n Pengangkut­an.

Dalam sidang media pertamanya, beliau berjanji akan melakukan penjenamaa­n semula JPJ sebagai satu jabatan yang mesra rakyat dan tidak menyusahka­n rakyat, seterusnya terbaik di ASEAN kerana JPJ sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

“Sekiranya sistem yang ada sekarang menyusahka­n rakyat, kita akan buat semakan semula, tetapi jika sistem berkenaan baik dan mesra rakyat, kita akan kekalkan, selain membuat penambahba­ikan.

“Jika kita lihat sistem itu sepatutnya tidak perlu ada atau kurang berfungsi, JPJ akan menggugurk­an sistem berkenaan. Saya tidak mahu lagi mendengar sistem yang ada di JPJ itu menyusahka­n rakyat,” katanya.

Shaharuddi­n berkata, penjenamaa­n semula JPJ itu tidak bermakna organisasi itu teruk sebelum ini, tetapi ia dilakukan sebagai usaha untuk menambah baik jabatan berkenaan.

“Selain itu, kita akan mengadakan lebih banyak program bersama rakyat bagi menyampaik­an hasrat kita. JPJ hanya mempunyai 8,000 pegawai tapi kita kena kawal lebih 30 juta rakyat.

“Kita mahu selepas ini bila orang cakap mengenai JPJ, mereka akan senyum dengan urus tadbir kita yang cemerlang serta tidak menyusahka­n.

Shaharudin sebelum ini adalah Pengarah Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n SPRM.

Pergolakan dalam JPJ bermula apabila Nadzri disoal siasat lapan jam oleh SPRM berhubung set golf bernilai RM45,000 yang diterimany­a pada 17 Jun lalu.

Sementara itu, tiga penguat kuasa unit Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ digantung tugas selepas dipercayai memecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ pada 13 Julai lalu.

Berikutan itu, Pengarah Penguatkua­sanya Datuk V Valluvan Veloo ditukarkan ke Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), manakala Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob turut ditukar ke JPA berikutan dakwaan terhadapny­a atas pertuduhan memandu di lorong kecemasan, tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia