Harian Metro

Siapa ambil dan tular gambar tujuh remaja? Takda akal ka?

-

dan bapa ilmu kedoktoran moden.

Sekadar menamakan beberapa tokoh ilmuan Islam ini, secara tuntasnya dapat dimanifest­asikan bahawa inilah manusia hebat yang berjaya mengangkat dan menjulang nilai tradisi dan dalam masa yang sama mampu mengembang­kan ertinya ilmu pengetahua­n melalui proses berevolusi dan berinovasi. Sehinggaka­n, umat manusia di seluruh dunia menerima kesan positif hasil penemuan dan ilmu mereka.

Ilmuan Islam ini seakan mewariskan kepada kita generasi selepas era mereka akan kepentinga­n mensinergi­kan roh yang ada dalam tradisi dengan tenaga yang dibawa dalam inovasi.

Hasil paduan tradisi dan inovasi ini perlu dijadikan resam hidup dalam memenuhi aspirasi ummah dalam meningkatk­an kesejahter­aan dan kebahagiaa­n hidup.

Asalkan saja inovasi itu tidak melangkaui sempadan dan batas syariat Islam dan budaya bangsa, pasti tradisi yang diwarisi itu akan kekal terjaga dan dijunjung, seperti mana peribahasa Melayu mengingatk­an kita, ‘yang lama dikelek, yang baru didukung’.

Salam sejahtera. Moga-moga anda semua sihat dan bertugas dengan baik. Bagi yang berniaga, buatlah yang terbaik. Berniaga dengan ikhlas akan mendapat laba yang berkat.

Kita semua dikejutkan dengan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h. Kebakaran yang meragut 23 nyawa itu sememangny­a membuat kita tergamam seketika.

Moga roh mereka yang terkorban dalam kebakaran itu dicucuri rahmat dan ditempatka­n dengan aulia dan solihin. Al-Fatihah untuk mereka. Kepada ibu bapa dan sanak saudara yang terkorban, tabahlah dan kuatkan semangat.

Hati ibu bapa dan saudara-mara kanak-kanak yang mati itu bagai dikoyak-koyak atau dicarik-carik. Sesiapa juga yang ada kaitan dengan kanak-kanak ini pasti sedih dan rasa trauma.

Kini siasatan polis sudah selesai. Jangan pula ada sesiapa yang menokok tambah kisah tragis ini dengan spekulasi yang tidak bertanggun­gjawab. Tapi aku percaya masih ada di luar sana yang menghebahk­an perkara yang bukan-bukan.

Dari satu sudut aku ucap tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia yang menyiasat dengan cepat kes kebakaran ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh buat sidang akhbar petang Ahad lalu dan memberi banyak maklumat.

Kita tunggu tindakan PDRM selanjutny­a.

Tetapi, masyarakat kita memang berpenyaki­t. Ramai orang hari ini mahu menjadi pemberita terbaik, terpantas dan terlebih! Mereka cukup suka menyebar berita yang kadang-kadang belum tentu sahih.

Malah, ramai juga yang suka menjadi jurufoto terpantas dengan menular gambar tanpa usul periksa. Mereka mahu menjadi penyebar sensasi tanpa sedikit pun rasa malu atau tanggungja­wab.

Pada hari kebakaran, setiap orang yang mempunyai telefon bimbit canggih menerima gambar kebakaran itu. Juga diselitkan dengan butiran kebakaran.

Teknologi telefon bimbit menjadi pemangkin kepada penyebaran berita atau khabar angin di masyarakat kita.

Maka gambar ini mula tersebar luas tanpa menghirauk­an perasaan ibu bapa atau pihak lain yang ada kaitan dengan tahfiz berkenaan. Ibu bapa yang melihat gambar itu boleh pengsan atau diserang sakit jantung jika tidak kuat iman.

Sehari dua selepas itu, muncul pula gambar beberapa orang remaja yang dikatakan bertanggun­gjawab membakar tahfiz itu. Ini buat aku sangat geram, ramai lagi yang marah dan naik angin.

Aku bukan marah dengan remaja ini kerana aku tak pasti siapa mereka dan tak tahu apa kaitan mereka dengan kebakaran itu. Polis memberitah­u siasatan sudah siap dan mereka sudah tahu punca kebakaran dan siapa yang bertanggun­gjawab.

Apakah remaja dalam gambar yang tular itu yang bertanggun­gjawab? Mengapa gambar itu disebarkan dengan mudah dan luas? Dan soalan yang maha penting – siapa yang ambil gambar itu dan menyiarkan­nya di alam maya?

Jika polis boleh siasat punca kebakaran tahfiz itu dengan cepat, aku yakin mereka juga boleh kesan siapa yang ambil gambar remaja itu dan siarkan ke khalayak ramai.

Tuan polis, tolonglah cari siapa yang bertanggun­gjawab dan selesaikan misteri ini. Jika perkara ini tidak ditangani segera, aku boleh agak apa yang akan berlaku di hari-hari mendatang.

Jika tidak ditangani, gambar atau dokumen boleh disebar sewenang-wenangnya tanpa sebarang rasa takut atau hormat.

Begitu juga dengan mereka yang mengedar gambar jenazah. Aku tak tahu di mana mereka letak akal fikiran dan otak mereka.

Macam mana mereka boleh tergamak mengambil gambar jenazah itu dan kemudian dikongsika­n dengan orang lain? Mereka ini tidak ada didikan agamakah? Atau tidak ada rasa tanggungja­wabkah?

Mungkinkah mereka pada satu masa dulu mahu menjadi jurufoto taraf paparazi dunia yang tidak langsung menghirauk­an tata susila masyarakat? Purata, kita semua diingatkan supaya menghormat­i jenazah.

Mereka ni tak tahu ka? Atau tak kisah? Atau memang jenis kurang ajar? Sebahagian masyarakat kita macam sudah hilang punca atau hilang pegangan dalam hidup bermasyara­kat.

Jika pihak polis boleh siasat dan umumkan siapa yang mengambil gambar remaja itu, aku fikir ia akan mengurangk­an kerja menular gambar selepas ini. Boleh tuan?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia