Harian Metro

CINTA MINI TAK PERNAH PUDAR

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

Tak kenal maka tak cinta. Ungkapan berkenaan amat sesuai buat Wan Norcik Pakwan Chik, 42, pemilik sembilan kereta Mini pelbagai model yang cukup terkenal di kalangan peminat dan pemilik kereta klasik terbabit.

Minat lelaki berkenaan terhadap kereta terbabit timbul sejak di bangku sekolah apabila arwah bapanya, Pa’ Wan Chik

Mohd Noor membeli sebuah Mini Cooper Mark 2 untuk kegunaan keluarga mereka.

Katanya, walaupun masih belajar di tingkatan tiga, namun dia sentiasa mencari peluang mengundurk­an dan memandu kereta itu ketika ketiadaan bapanya.

“Minat memiliki kereta Mini akhirnya tercapai apabila abang saya yang mewarisi kereta berkenaan daripada ayah menyerahka­nnya ketika saya berusia 21 tahun.

“Sejak itu saya tidak menoleh ke belakang untuk memiliki pelbagai model Mini yang ada di pasaran tempatan,” katanya ketika ditemui pada program Perlumbaan Berteknika­l Mini 1Malaysia 2017 di

Litar Sukan Bermotor Antarabang­sa Melaka (MIMC), Ayer Keroh, di sini, kelmarin.

Wan Norcik yang berasal dari Taiping, Perak antara 65 pemilik mini yang berkampung di litar sukan bermotor berkenaan untuk menyertai program tahunan Kelab Peminat Kereta Mini Malaysia (KPKMM).

Ia rentetan program yang pernah dianjurkan pada 2015 dan 2016 lalu bagi merebut Piala Datuk Mohamad Dalib yang juga Pengarah Bahagian Kejurutera­an Automotif Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Perlumbaan dibahagika­n kepada empat kategori iaitu standard, separuh ubah suai, ubah suai penuh dan mini-BMW berjaya menarik penyertaan 47 kereta termasuk dua dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Anak keempat daripada lima beradik itu, berkata selain mengumpul model Mini untuk kepuasan diri, dia turut membantu peminat kereta yang lain untuk memiliki model berkenaan.

Katanya, keseronoka­n memandu kereta Mini disebabkan keupayaan kenderaan itu di laluan berselekoh ketika berada pada kelajuan tinggi selain ketahanann­ya bagi perjalanan jarak jauh.

“Antara laluan mencabar pernah saya tempuhi menggunaka­n salah sebuah Mini saya adalah laluan lebih 1,000 selekoh sejauh 5,638 kilometer dari Mai Soo ke Pai di Thailand, selama 12 hari

 ??  ??
 ??  ?? MEKANIK melakukan pembaikan ke atas
enjin Mini
MEKANIK melakukan pembaikan ke atas enjin Mini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia